Tag Archive : Vaccine Pfizer

Pergerakan emas yang mendebarkan dan data inflasi

Jumaat yang mendebarkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pergerakan gold pada pagi agak perlahan. Pergerakan hanya sekitar 1770-1774 sehinggalah pukul 1 pagi tiba-tiba arah uptrend menjadi agresif. Lega rasanya dapat closed beberapa posisi buy. Alhamdulillah.

Para pelabur masih berhati-hati dalam membaca data inflasi yang dikeluarkan NFP. Pergerakan sudah nampak memecahkan kebuntuan apabila berjaya mencapai HH pada 1789 selepas itu.

Harga dijangka akan melepasi 1800 pada minggu hadapan atau mungkin menurun ke bawah 1760 usd per aun. Jadi bagi anda yang ingin berdagang emas pada minggu hadapan diharap lebih berhati-hati.

Bank-bank utama akan membuat keputusan berkenaan monetari mereka berdasarkan data inflasi yang dikeluarkan oleh NFP. Oleh itu para pelabur harus memahami setiap data yang dikeluarkan tersebut.

Penampakan Cup and Handle Chart Pattern

Secara dasarnya inflasi adalah peningkatan harga barangan dan perkhidmatan serta lambakan wang berlebihan dalam masa tertentu. Maksudnya orang ramai mempunyai kuasa beli yang berlebihan pada ketika itu.

Contohnya sekarang ini, apabila aktiviti ekonomi mula rancak berkembang semula selepas pengurungan akibat covid-19 dan vaksin telah disuntik secara maksima dalam sesebuah negara.

Covid-19 sebelum ini melumpuhkan ekonomi

Emas adalah satu jenis komoditi utama, maka orang ramai mempunyai wang yang banyak dan mampu memilikinya. Namun satu perkara yang ramai tidak tahu bahawa nilai wang fiat akan menurun akibat lambakan wang. Jadi harga emas akan mula meningkat kerana permintaan yang tinggi. Begitulah sebaliknya.

 

Ianya berbeza pada kali ini dimana kebimbangan pelabur terhadap varian omicron yang masih dalam kajian.

Pengumuman daripada pengeluar vaksin seperti Pfizer amatlah dinanti. Jika keyakinan mula meningkat maka aktiviti ekonomi akan berjalan lancar. Sekian.

 

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi.ย Klik di siniย untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.

 


X