Tag Archive : US Market

Pasaran berdarah semula

Ketika pasaran pada minggu sebelum Hari Raya, pasaran saham di USA menunjukkan warna hijau dengan harga yang stabil. Namun menjelang Isnin kelmarin, pasaran menjadi huru-hara akibat penantian pengumuman oleh Setiausaha Penbendaharaan Amerika Syarikat Janet Yallen berikutan cukai ke atas perniagaan dan individu kaya akan dimuktamadkan.

Ketegangan yang ditimbulkan oleh Israel di Gaza telah membuatkan sekutunya berasa agak gelisah dengan serangan balas oleh para pejuang Hamas. Dana yang banyak diperlukan untuk membekalkan bahan pembuatan senjata. Pelbagai faktor harus diambil kira samada dari segi bahan, perkaitan syarikat, cawangan syarikat dan kebolehuntungan syarikat juga diambil kira.

Kertas cadangan tersebut adalah bagi memastikan kutipan cukai adalah lebih adil dan saksama. Persaingan global tidak diambil pusing oleh Janet Yallen, baginya ianya adalah sesuatu yang sihat. Tidak seperti Donald Trump yang mengenakan sekatan kepada syarikat Huawei dari China. Kelihatan Biden lebih bijak dan lebih disukai pelabur. Namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Perang, susunan cukai dan dasar luar Amerika Syarikat harus lebih adil kepada penduduk dunia. Tidak kiralah di mana sahaja mereka muncul, harap tiadalah gelaran polis dunia itu berulang.

Gergasi dari Asia sepatutnya muncul bagi menyeimbangkan suasana. Angka  kematian covid-19 yang semakin meningkat diserata dunia, membuatkan pandangan pelabur akan terus memerhatikan syarikat-syarikat pengeluar ubat-ubatan dan vaksin. Setakat semalam jumlah tempahan suntikan vaksin semakin meningkat dengan hampir 1.5 billion.

12.8 juta dos vaksin Covid-19 tahun depan

Semalam kita menyaksikan kejatuhan emas selepas kenaikannya mencecah 1868, namun meningkat naik semula menjelang awal sessi pembukaan dagangan di Amerika Syarikat.

Namun hari ini adalah hari yang malang buat kripto seperti Ethereum dan Doge. Ianya jatuh keparas terendah dalam 2 bulan ini. Bagi yang berjaya sauk, ianya merupakan diskaun buat mereka yang mengambil kesempatan. Ok. Hari ni saya mendapat beberapa keuntungan, namun pasaran tidak selamanya indah. Selamat berdagang kepada semua. Semoga keuntungan menyebelahi anda. Sekian.

Jika anda berminat untuk trade matawang kripto seperti Bitcoin dalam jumlah yang minima, anda bolehlah mendaftar dengan Klik Di Sini.


X