Tag Archive : Trade Time

Pasaran Emas tutup sebentar pada Isnin

Pasaran Emas tutup sebentar. Adeh!

Macam biasa aku bersedia membuat dagangan pada isnin. Seperti hari isnin minggu sebelumnya, pepagi dah hantar isteri aku ke MRT. Jauh pula sebulan lebih dah ni kena hantar ke stesen MRT Kwasa Damansara. Orang kata buat habis duit minyak je. Yelah, duit KWSP aku habis dekat minyak je bulan lepas. Huhu. Pagi tu, aku tutup beberapa trade aku yang jumaat lepas. Terpaksa layan je lah pasaran minggu ni. Ni semua Jerome Powell punya pasal. Ekekee..sedap je mulut ko tuduh pakcik sorang tu. Data inflasi Amerika Syarikat kali ni adalah yang paling tinggi selepas tahun 80-an. Selain itu juga pelabur menunggu data ekonomi China yang dijangka keluar pada minggu ini. Begitu juga dengan penetapan kadar faedah yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Berbalik kepada dagangan pada Isnin. Pasaran ditutup pada kerana sambutan peringatan Martin Luther King di USA. Oleh itu pasaran emas ditutup sepanjang waktu dagangan Amerika Syarikat. Pasaran kemudian bersambung pada pagi selasa dengan sedikit kenaikan dan kemudian menurun semula pada tengahari sekitar 1819. Alhamdulillah, dapatlah tutup beberapa dagangan. Sehingga malam ketika pasaran US di buka, dapatlah dalam 93+mata. Pasaran agak seimbang dengan turun dan naik dalam beberapa jam.

Pada keetika ini pasaran emas sedang menaik semula selepas turun di bawah 1807 mata pada sebelah petang. Pada penghujung hsri dagangan Asia, harga emas masih berlegar sekita 1816 dollar per aun. Harap ianya naiklah, boleh aku tutup posisi bahagian atas. Err..Atas bawah kau floating. Jangan cara saya ye, ianya Cuma valid jika anda ada dalam USD3000. Jika modal anda rendah daripada itu, jangan cuba-cuba buka posisi dagangan atas dan bawah dengan kesilapan seperti membeli diharga pucuk ataupun menjual pada harga rendah. Haha.

Masa saya bekerja di sebuah syarikat broker dahulu, bos tak tanya pun kau buka jual ataupun beli. Rugi ke untung , kekadang dia tak ambil kesah sangat. Cuma 1 dagangan yang ditutup dia akan beri dalam RM250. Sekarang saya tidak tahulah, masih ada lagike broker yang beri upah sebegitu. Pada awal tahun 2000 dahulu, memang tumbuh bagai cendawan selepas hujan syarikat komoditi. Ramai juga para graduan yang join syarikat ni, tetapi tidak semuanya bertahan kerana siapa yang biasa gaji ikut upah sekali dagangan sahaja yang berani menghadapinya. Mana yang tak sanggup akan cari kerja lainlah. Termasuklah saya yang kembali bekerja di syarikat lama saya itu semula. Hihi.

Selepas hampir 11 tahun meninggalkan dunia trading, akhirnya semasa PKP dalam tahun 2021 baharulah saya mula menceburi semula dunia trading ini. Ok! Begitulah ceritanya, ni masalahnya kalau asyik keluar iklan dekat FB. Huhu. Oh ye, berkenaan trading pada selasa. Alhamdulillah, dapatlah dalam 109+ mata. Harap dapatlah menutup semua dagangan pada minggu ini tanpa floating. Mudah-mudahanlah. Banyak pula kerja yang perlukan kos pada minggu ini. Mana nak cekau duit. Huhu. Harap dapatlah sedikit modal untuk makan dan modal kerja. Oklah. Melihat dagangan hari ini, nampak ianya masih lagi berlegar sekitar 1814-1815 dollar per aun. Samada ianya menaik atau menurun, kita lihat sajalah nanti. Sekian. Wassalam.

Gold cuti krismas

Assalamualaikum, Hi apa khabar? Hari ni hari jumaat, pasaran gold bercutilah pula. Broker cuti krismas. Hari Isninlah baru kita sambung trade. Sepanjang 2 hari trade keputusannya dapatlah keputusan yang agak baik.

Walaupun market gold menurun sedikit dan kemudian membuat kenaikan pada akhir trade untuk dagangan khamis (sessi Asia dalam pukul 6 pagi sudah ditutup dagangan. Pasaran saham agak kecewa dengan sedikit kenaikan dan asyik turun dan naik sahaja (sideway). Tiada berita yang berjaya memberi lonjakan.

Saya pun baru dapat momentum selepas beberapa hari diluar kawasan disebabkan hal keluarga. Hari-hari cuma membaca ulasan banjir yang melanda negara. Bermula daripada KL, Banting, Sepang dan Sham Alam serta yang mengejutkan Sungai Lui dan Taman Seri Muda, di Shah Alam yang meragut belasan nyawa. Selain itu Temerloh, Lanchang, Mentakab juga mengalami banjir dan hanya surut pada Sabtu. Ada juga sesetengah kawasan yang masih ditenggelami air banjir.

[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS

Rakyat Malaysia ni istimewa, pada 2014 negeri Kelantan mengalami banjir yang sangat dashyat. Pada masa itu ramai sukarelawan daripada lembah klang datang membantu mereka, jadi pada tahun ini ramai rakyat dari Kelantan datang membantu mereka di Selangor. Ada juga datang dari Melaka, Perak dan Kedah yang datang membawa bot mereka bagi memindahkan mangsa-mangsa banjir di Selangor. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas kerja amal mereka dan memudahkan serta memurahkan rezeki para sukarelawan dan NGO sekelian. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Dagangan yang sedikit huru-hara dan data pekerjaan UK

Assalamualaikum, Hi semua. Maaf sebab lama tak menulis, kebetulan ada kenduri sebelah sepupu isteri sabtu lepas. Jadi kami sekeluarga pulang ke Taiping dan jumaatnya ke Sungai Petani. Semalam barulah dapat tengok posisi trade.

Walaupun ada sedikit huru-hara, dagangan agak perlahan. Minggu ini mungkin rancak sebelum cuti krismas. Jadi pedagang agak berhati-hati selepas pasaran yang baru nak pulih dari kejatuhan. Hari ini baru nak bergerak, membaca berita bagai. Antara berita yang hangat sekarang adalah data terbaru pekerjaan UK yang menunjukkan bacaan positif pada November. Kadar pengangguran menunjukkan penurunan 1% daripada 4.6%. Cuma pelabur agak bimbang dengan perkembangan varian omicron yang semakin merebak. Ianya menyebabkan nilai pound turun disekitar 1.32000 berbanding dollar Amerika.

Emas pula menurun kepada 1790+- yang mana semalam turun ke 1788+- . Harap ianya meningkatlah, emm..faham-faham sahajalah ye. Hehe.

 

Kelmarin kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda lembah Klang. Berita setakat ini telah menyatakan korban sebanyak 8 orang akibat terperangkap dan lemas. Al-fatihah buat mereka yang beragama islam dan takziah buat keluarga mangsa. Kami cuma dapat berita dari kawan-kawan dan FB sahaja. Ada di antara mereka yang rumahnya dimasuki air sehingga paras 2meter dan lebih. Perabot mereka semuanya rosak.

Mereka tak sempat nak selamatkan kecuali nyawa dan dokumen sahaja. Ada yang berlapar di tengah jalan akibat sangkut kerana jalan ke rumah dinaiki air. Ada yang terpaksa bermalam di dalam pusat membeli-belah di sebabkan air naik mendadak ketika mereka membeli barangan keperluan. Maka kita doakan agar segala kesulitan yang mereka hadapi dipermudahkan oleh-Nya.

Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, mungkin juga kita pun ada benda yang salah. Mungkin kita dihanyutkan dengan kelalaian dunia, atau ada pihak yang terlambat nak siapkan kerja. Mungkin juga itu, mungkin juga ini. Jadi bersabarlah, semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan kita diberikan jalan untuk kembali kepada-Nya. Sekian.

 

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

 

Saham Lucid dan Grab jatuh serta peluang buat anda

Lucid dan Grab
Sebelum ini saya pernah menceritakan tentang Lucid Motor, iaitu sebuah firma pengeluaran kereta elektrik (EV). Lucid membangunkan kereta elektriknya hanya beberapa tahun Tesla ditubuhkan. Jurutera Tesla telah keluar dan menubuhkan Lucid Motor dengan membangunkan bateri yang lebih berkuasa.

Kelebihan ini menjadikan Lucid antara EV yang terpantas pada masa kini. Kilangnya yang terkini yang dibuka awal tahun ini dapat mengeluarkan model Lucid dengan lebih pantas.

Begitulah serba sedikit berkenaan latar belakang Lucid Motor.
Terkini Lucid sudah pun tersenarai di Nasdaq dan kini mengalami kesan kejatuhan akibat ketidakyakinan pelabur. Sahamnya turun dari 55.55 sehingga ke paras 35.79 mata.

Kebetulan krisis inflasi dan kewangan US beberapa minggu ini, maka harga saham-saham turun dengan mendadak akibat kebimbangan pelabur. Begitu juga saham Grab Holdings, harganya jatuh 18.11 kepada paras terendah 6.84 mata. Harganya sekarang cuma 7.22mata.

Sedikit latar belakang Grab. Grab merupakan sebuah syarikat startup Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai MYteksi. Ianya menguruskan perkhidmatan teksi dalam talian. Dalam beberapa tahun ianya telah memindahkan ibupejabatnya dari Malaysia ke Singapura dan menukar namanya kepada Grab dan jenamanya ditukar kepada Grabcar.

GrabFood has replaced Uber Eats, offering more than 300 restaurants through its service in Klang Valley. – picture by Grab Malaysia

 

Hanya kurang dari sepuluh tahun, Grab berkembang ke merata negara dan kini ianya telah pun berjaya disenaraikan di Nasdaq. Grab juga membuka perkhidmatan penghantaran makanan dan juga barangan. Nilai kapitalnya kini mencecah 28billion dollar.

Ingin berdagang di Nasdaq. Klik di sini untuk daftar.

Kaya itu matlamat atau hanya simbol?

Hari isnin merupakan hari pertama dalam satu minggu dagangan. Kebiasaannya ianya akan menjadi penentu bagi hari-hari yang seterusnya. Permulaan samada baik atau sebaliknya akan membawa carta ke arah yang lebih signifikan atau sekadar menunggu.

Bagi aku, kebiasaannya hanya menunggu dan lihat pergerakan harga yang semestinya mendebarkan. Walaupun profit merupakan matlamat, namun kemenangan adalah lebih penting sehingga dapat membuat pengeluaran. Tindakan dan halatuju aku kini bolehlah dikatakan lebih kepada mendapatkan modal aku kembali.

Matlamat harus diteruskan sebagai menebusnya. Tidak perlulah aku mencatatkannya di sini. Pengalaman berdagang boleh membuatkan seseorang pedagang itu lebih berjaya atau tidak semesti ilmu itu lebih berharga dari segalanya.

Alhamdulillah

Menang atau kalah nanti bukanlah menjadi penentu kebongkakan atau simbol kekayaan. Ianya lebih kepada zuhud dalam perjuangan. Harapanku mungkin akan tercapai apabila butang buy atau sell ditekan. Kesemuanya akan menggarap sebuah memori terindah.

Gold menggila lagi?

Hi, Assalamualaikum, Minggu ni kita menyaksikan kejatuhan gold ke paras terendah dalam menyambut bulan yang baru. Semua sedia maklum bahawa dollar Amerika jatuh merudum sejak kebelakangan ini disebabkan penemuan varian omicron dari Afrika Selatan.

Namun pasaran beransur pulih pada beberapa hari yang berikutnya. Namun ianya kembali jatuh pada pembukaan minggu yang baru. Tetapi dengan pengumuman pengeluar vaksin Pfizer agak melegakan dengan kenyataan bahawa ubat barunya boleh mengawal varian baru sehingga 89%. Pada semalam, pasaran gold jatuh ke paras 1769+- iaitu antara yang terendah.

Posisi yang ideal untuk buy. Gold membuat market struktur, yang memberi kenaikan yang agak tinggi.

Bagaimanapun gold berjaya melonjak pada pagi rabu dengan meningkat ke paras 1789. Rasanya ramai yang tersenyum, disebabkan gold membuat market struktur pada pembukaan pasaran sessi Asia. Bolehlah dapat sedikit duit poket. Alhamdulillah.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

 

Buka akaun dengan Saracen Market

Gold terbang ke 1870 minggu ni dan menutup pada 1863.79

Assalamualaikum semua

Minggu ni gold sememangnya mencabar para trader gold tegar. Dengar cerita ramai juga yang MC (margin call). Ini disebabkan berita pada pertengahan minggu. Ramai floating teruk malah ada yang MC. Bagaimanakah situasinya.

Ianya terjadi apabila gold tidak membuat penurunan ketika ianya mencecah harga 1862 pada rabu. Ramai pacak sell trade, namun gold hanya turun seedikit saja pada keesokan harinya. Kebiasaan MC ni bila floating kita melebihi nilai margin yang telah keluarkan.

Gold membuat kenaikan semula pada jumaat dengan mencecah harga 1870(1869.45), tapi kali ini ianya menurun sehingga 1845.08 sebelum memanjat semula pada akhir dagangan kepada 1864.26. Harga paling tinggi semalam adalah pada 1868.46. Harap ianya menurun semulalah pada minggu depan. Kasihan mereka yangΒ  floating teruk. Dunia trading begitulah, ada masa kita gembira dan ada kalanya kau menyorok celah bucu katil. Menangis sorang-sorang. Haha..Err macam pernah kena je.

Pergerakan Carta Gold pada 21 Nov 2021

Gold didagangkan 1 ounce berbanding dollar amerika, jadi segala berita berkaitan USD akan berkait rapat dengan kenaikan harga gold. Gold pernah didagangkan paling tinggi sehingga 2000+ per ounce pada tahun 2020. Jangkaan gold akan naik lagi kepada 1900 pada minggu hadapan. Jadi kita tunggu dan lihat.

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi. Klik di sini untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.


 

Trade ni ikut naluri dan emosi tapi kenalah sabar

Assalamualaikum,

Hi, hari ni saya nak cerita pasal emosi. Trading ni kita perlu kawal emosi. Samalah macam kita bekerja di pejabat. Emosi perlulah pada tahap yang seimbang. Orang kata mental kena kuat.

Ada sesetengah trader tidak dapat mengawal emosinya dan akhirnya hasilnya sudah pasti ke laut. Rugi berpuluh ribu dan berjuta kadang-kadang. Orang kata masa tekan butang tak ingat nak tengok trend atau arah market.

Market ni, dia boleh jadi menaik (uptrend) dan boleh jadi juga menurun (downtrend). Biasa kalau bahasa trader, dia orang panggil UP dan DT.

 

Terutama mereka yang trade dalam CFD atau Contract For Differences. Ini adalah kerana pergerakan chart atau candle agak laju. Jadi kadangkala kita terlepas pandang tentang trend. Oleh itu untuk swing semula untuk mendapat profit atau untung, maka kita sebagai trader perlu banyakkan bersabar dengan pasaran. Jika kita sabar maka beginilah hasilnya untuk satu hari.

Bagaimana? Lumayan tak? Ya, agak lumayan tapi kena bersabar. Tahu atau tidak sebenarnya ianya dalam 3 ke 4 kali bertukar arah (trend) bagi mendapatkan hasil sebegini. Jadi untuk menjdai trader yang baik, kita perlu banyak bersabar. Sesetengah coach trading ada mengajar kaedah mengawal emosi samada menggunakan yoga, atau dengan cara zikir dan pelbagai lagi. Terpulang kepada keselesaan kita.

Jika kita tidak mengawal emosi dengan baik, mungkin sempurna itu bukan matlamat atau sekadar tujuan. Impiannya akan menghasilkan ratusan atau ribuan dollar hanya dalam masa beberapa jam.

Sebelum

Hasilnya

Jika kau tidak sabar maka hasilnya akan ke laut dalam. Menjunam terus ke lubuk jiwa. Alamak! Jiwang pula. Haha.

Namun jika anda tetap bersabar dalam menempuhi suasana pasaran yang sentiasa turun dan naik, maka anda tidak seharusnya melepaskan peluang anda dan menghasilkan USD yang cukup lumayan seperti di bawah ini. Sekian.

 

Jika anda berminat untuk trade matawang kripto seperti Bitcoin dalam jumlah yang minima, anda bolehlah mendaftar dengan Klik Di Sini.


X