Tag Archive : Trade on CFD

Ramai yang salah faham tentang CFD, kenapa?

CFD ramai yang berikan gelarannya sebagai FOREX. Sebenarnya FOREX biasanya digunakan untuk menggelarkan jual beli matawang antarabangsa. Sedangkan CFD pula adalah jenis jual beli. Kebiasaannya jika kita trade saham, arah pasaran atau harga cuma diambil keuntungannya daripada beza kenaikan harga. Tetapi CFD adalah keuntungan boleh dibuat dalam dua arah pasaran.

Is CFD Trading Safe? - Orbex Forex Trading Blog

Jadi apa sebenarnya CFD ni? CFD wujud apabila pelabur membeli ekuiti seperti emas, perak, beras, susu, dan pelbagai lagi bahan termasuklah tukaran matawang asing dan matawang kripto. Namun bagaimana CFD boleh membuatkan pelabur mendapat profit dalam dua arah pasaran? Oklah, mari saya jelaskan, contohlah anda ada barang dan semestinya anda membeli borong barang anda daripada kilang atau pemborong. Jadi anda akan markup harga (atau menaikkan harga jualan runcit anda untuk mendapatkan sedikit keuntungan. Bagaimana pula dengan jualan yang mendatangkan keuntungan?

How to Trade Forex CFDs | The World Financial Review

Contohnya anda meletakkan produk anda ke kedai runcit Abu, kemudian abu bertanyakan ada jual barang sekian tak? Anda kata ada. Jadi Abu bertanya, berapa harganya? Maka anda pun mencongak atau menentukan harga anda supaya anda mendapat sedikit untung dan sudah tentunya anda ingin mendapatkan harga yang lebih murah daripada harga jualan tadi. Jadi anda mengambil tempahan tersebut dengan harga yang mahal atau harga kedai. Jadi hari atau minggu yang seterusnya anda pun mengambil barangan tadi daripada pemborong. Biasanya  kalau anda membelinya dengan banyak, anda akan mendapat diskaun. Maka perbezaan harga tersebut adalah untung anda.

Ada juga yang bertanya, kenapa CFD ada swap cas. Sebenarnya ianya adalah bayaran sewaan gudang untuk kita menyimpan barangan tersebut. Maka tiada pun yang terselindung disebalik jual beli CFD. Untuk pengetahuan, untuk mendapatkan lesen broker bagi nak trade CFD sebenarnya tidaklah mudah. Ini disebabkan pihak broker kena ada gudang untuk menyimpan komoditi tersebut. Terdapat beberapa tempat di dunia di mana gudang tersebut wujud. Antaranya di Macau.

Commodities Warehousing Service, in Pan India, Anax Air Services Private Limited | ID: 21365654333

Tempat atau pusat komoditi juga berbeza. Kalau di USA ianya terdapat di Chicago dan  New York diantaranya adalah Chicago Mercantile Exchange (CME)Chicago Board of Trade (CBOT)New York Mercantile Exchange (NYMEX), dan New York Board of Trade (NYBOT). Kalau minyak sawit ianya didagangkan di KLCE (Kuala Lumpur Commodities Exchange)

Selain daripada itu, terdapat banyak tempat lain untuk memperdagangkan komoditi ini antaranya adalah

  1. Hong Kong Mercantile Exchange
  2. Shanghai Gold Exchange
  3. Singapore Commodity Exchange
  4. Tokyo Commodity Exchange
  5. Manila Commodity Exchange
  6. dan banyak lagi.

Jika anda berminat untuk trade matawang kripto seperti Bitcoin dalam jumlah yang minima, anda bolehlah mendaftar dengan Klik Di Sini.


X