Tag Archive : Trade Gold

Setup Sell Yang Padu

Pada sabtu dan ahad yang baru ni, saya ada mengikuti kelas King Master CMS (Cikgu Mansor Sapari). Iaitu seorang guru forex yang antara paling berbisa di Malaysia pada masa sekarang.

Walaupun hanya beberapa kali mengikuti kelas percuma di youtube CMS, saya merasakan, kaedah yang diketengahkan olehnya kali ini amatlah padu. Bukan sahaja ianya sesuai dengan setup kali ini tetapi juga untuk masa-masa mendatang.

Terdapat beberapa jenis setup sell dan kebanyakannya adalah kombinasi antara 2 atau 3 setup. Kali ini setup yang diceritakan adalah setup pemadatan dan kecairan atau yang dikenali sebagai setup compression and liquidity. Secara ringkasnya ianya dikenali sebagai “CPLQ setup”.

Ianya melibatkan pemadatan secara berperingkat samada dari bawah ke atas atau dari atas ke bawah dengan bersyaratkan cerun adalah kurang dari 45 darjah atau diistilahkan sebagai landai. Namun demikian ianya hendaklah memenuhi beberapa syarat, iaitu ianya mengikut trend atau arah pasaran.

Setup cplq ini berlaku pada gold atau emas semalam dengan penurunan melebihi 3 kali pada sell (pandelela). Saya rasa mesti ramai yang bergembira dengan profit yang boleh tahan banyak juga.

Ketika artikel ini ditulis nilai dollar semakin mengukuh, namun demikian pair antara Euro dan USD/Dollar menurun sedikit akibat kebimbangan negara-negara eropah terhadap peningkatan kes covid akibat kelonggaran sop yang sebenarnya membuatkan seluruh dunia berasa bimbang. Pengukuhan dollar adalah berdasarkan keyakinan pelaburan  selepas Jerome Powell dilantik semula sebagai pengerusi bank pusat Amerika yang berjanji akan meneruskan pengurangan bon.

Ini bermakna kadar kecairan akan lebih cepat berbanding sebelum ini. Faktor lain seperti insflasi juga berkait rapat dengan peningkatan dollar. Akibatnya nilai emas menurun hampir mececah 50 dollar per aun. Harga terkini emas sekarang adalah di bawah 1790 dollar per aun.

 

.

 

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi. Klik di sini untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.

 

 

Debaran menunggu hari ini. Adakah gold naik semula?

Kelmarin semestinya membuatkan para trader terasa debaran, kerana menunggu samada ianya berjaya mendaki ke arah 1900 dalam masa terdekat. Sejak Isnin gold mula mendaki ke paras 1869.25 dengan perlahan. Tetapi tidak cukup kuat untuk naik lebih lagi dan akhir ditutup pada 1862.18.

Semalam, gold mula membuat penurunan ke paras 1850+- (1849.76). Semestinya ada trader yang berjaya mengaut keuntungan hasil sell trade semalam. Walaupun ianya cuba meningkat semula ke 1864.49 tetapi trader yang membuat sell adalah lebih ramai daripada yang buy. Bukan tiada mereka yang membeli, kerana dari semalam ianya cuba naik ke paras 1876.77  dan kemudian ianya berjaya membuat penurunan pada awal dagangan US sehingga akhir dagangan dan berhenti pada 1849.76.

Namun pergerakan agak perlahan menjelang pagi waktu Asia. Bermakna para pedagang sedang menunggu berita dari dagangan UK dan US. Ini bermakna sebarang kemungkinan boleh berlaku, samada ianya akan mula melonjak ke paras 1900+- pada dagangan hari ini. Di harap pelabur lebih berhati-hati, takut floating yang agak banyak dan ianya memungkinkan boleh terjadinya Margin Call (MC).

 

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi. Klik di sini untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.

 

 


X