Tag Archive : luno

Kripto boleh turun sampai berapa?

Dalam minggu ini, kesemua harga wang kripto merosot sehingga 30 dan ada yang melebihi 50 peratus. Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah semata-mata berita daripada billionaire Tesla Elon Musk atau sebab lain? Sejujurnya saya hampir kerugian lebih 30% daripada nilai kripto yang saya beli dan bukan saya sahaja tetapi ramai mereka yang hampir rugi.

Namun kita harus ingat bahawa wang kripto tidak sama dengan tukaran matawang asing kerana ianya sama seperti kita membeli saham iaitu tiada MC. Setiap matawang kripto akan mengekalkan nilainya apabila ianya boleh ditukarkan kepada USD atau sebarang matawang. Walaupun ianya hanyalah matawang digital tetapi anda harus ingat bahawa bitcoin pernah mencapai kenaikan yang tertinggi beberapa bulan yang lalu.

Bagi saya, ini adalah masa yang terbaik untuk anda memiliki matawang kripto. Anda tidak perlukan platform MT4 atau MT5 untuk berdagang kripto. Cukuplah anda menggunakan luno dan etoro untuk berdagang kripto. Kedua-duanya mempunyai risiko yang agak rendah jika anda mahu berdagang matawang kripto. Ada beberapa matawang yang boleh anda berdagang di Luno dan Etoro. Lihat sahaja jadualnya di bawah ini.

Tidak seperti matawang, kripto adalah matawang digital yang diwujudkan bagi melindungi ahli-ahlinya iaitu pelabur bagi membuat dagangan atas talian. Contohnya Dogecoin, ianya diwujudkan untuk membeli dan menjual permainan atas talian. Namun apabila adanya permintaan yang tinggi, ianya menjadi rebutan ramai peserta online.

Jika anda berminat berdagang anda boleh klik 2 kali pada gambar di atas. Perbezaannya antara 2 platform ini adalah anda berdagang dengan dollar bagi Etoro dan MYR atau RM bagi Luno. Jika anda tak mahu sakit kepala untuk berdagang, saya syorkan Luno dan jika anda jenis yang ambil peluang dari kenaikan dan turunnya pasaran maka saya syorkan platform etoro. Kelebihan etoro adalah anda boleh berdagang saham global,indeks, komoditi utama dan juga tukaran matawang. Sekian.


X