Tag Archive : Harga Gold menjaelang Tahun Baru 2022

Emas bergerak agak perlahan minggu ni

Assalamualaikum,
Hari ni pergi ke Sungai Buloh Mall, aku rasa bosanlah pula sambil menunggu isteri dan anak membeli baju kurung. Jadi aku mula menulis lagi. Hehe.

Sedang menulis tetiba mereka dah selesai. Baru satu baris je. Ok r, ni sambung semula dekat dobi layan diri hari Isnin. Pagi ni aku mula buka semula MT4 untuk melihat harga emas di pasaran. Masih perlahan dan tidak agresif, mungkin ramai menghabiskan cuti tahunan sehingga tahun baru 2022.

Akhir tahun ni, ramai yang bersedih disebabkan banjir yang melanda. Salah seorangnya adalah anak buah aku sendiri. Kasihan juga apabila melihat banyak barang-barang yang rosak habis ditenggelami air banjir selama beberapa hari. Hari tu, rakan sekerjanya datang membersihkan rumahnya yang berselut. Ramai juga yang datang. Aku tinggal agak jauh di Sungai Buloh, rumahnya pula terletak di Kg. Bukit Canggang di Banting.

Kereta digenangi air banjir di Taman Sri Muda

Aku mula membelek-belek peta google dan mendapati rumahnya Cuma beberapa ratus meter sahaja daripada Sungai Langat. Patutlah kawasan sana ditenggelami air bah. Hujan terlalu lebat dan lama pada hari Khamis, Jumaat dan berterusan renyai-renyai sehingga hari ahad. Kebanyakan rumah yang banjir adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Sebelum itu Hulu Langat sudahpun banjir teruk pada malamnya. Ramai yang kecoh di Taman Sri Muda Shah Alam, tetapi lambat mendapat berita dari Sungai Lui yang sudah dilanda banjir dengan kederasan air yang begitu laju Banyak rumah telah musnah dilanda banjir.

Kereta yang tersadai selepas banjir di Sungai Lui

 

Apabila banjir sudah surut baharulah nampak kesan yang mana banyak kereta yang tersadai di sana-sini. Habislah. Oklah, aku mula membuka semula MT4, baru perasan harga emas telah mencapai 1811 selepas kenaikan daripada 1808 kelmarin pagi jumaat.

Gold TF 30 , 30/12/2021. Ke mana arahnya nanti?

Err..Pasaran ditutup pagi pagi waktu asia atau petang khamis waktu USA.
Aku membuka Etoro dan membuat pengeluaran selepas lebih 3 bulan berdagang. Tak banyak pun adalah dalam USD40 tetapi selepas ditolak cas perkhidmatan dalam USD5 maka Cuma dapat dalam RM35 sahajalah. Rasa cukuplah untuk duit minyak. Alhamdulillah.

Minggu ini aku belum melihat lagi arah pasaran. Mungkin malam ini baharulah melihat-lihat beberapa signal dan corak carta (Chart Pattern). Kita tunggu sahajalah malam nanti atau pagi esok. Banyak yang bercuti musim sejuk dan krismas sambil menyambut tahun baru. Kita kat Malaysia rasanya tidaklah mnyambutnya dengan gembira.

KMasih banyak kawasan yang akan terlibat dengan banjir sehinggalah bulan Januari. Pahang dilanda banjir yang teruk kali ini terutama di Mentakab dan Temerloh.

Hari ini rabu, pasaran masih lagi perlahan dan harga gold jatuh di bawah 1800. Aku menetapkan posisi buy, tetapi gold jatuh lagi kepada 1792 dollar per aun.

Tapi sempat jugalah aku close sell untuk 3.82. Kira-kira pukul 7.19 malam harga gold naik semula, maka dapatlah close semua buy yang telah dibuat. Alhamdulillah. Pagi ni ada ahli dalam group wasap aku yang memberitahu bahawa ringgit Malaysia meningkat sedikit.

Kebiasaannya memang begitu, apabila gold naik USD akan jatuh sedikit dan membuatkan paring USD dengan matawang lain akan naik sedikit tinggi.
Berita pagi ini mengatakan bahawa negara-negara eropah akan melaksanakan semula sekatan terhadap covid 19. Omicron sudah menular di sana.

Rakan aku dari UK pun kata bahawa selepas tahun baharu ni pun UK akan menguatkuasakan sekatan terhadap covid 19. Ah! Lockdown lagilah jawabnya. Bilalah nak habis ni, dia akan jadi berpusing-pusing tang tu je kata orang utara.

Tahun baharu ni diharapkan ada sinar dan khabar terhadap ubat yang berkesan mencegah covid. Hari itu pun CEO Pfizer sudahpun mengkhabarkan berita tentangnya, tetapi sejak omicron ni menular cerita tentangnya semacam tenggelam. Jengka 25 di Pahang pun sudah dikenakan PKPD minggu ni. Tak tahulah datang dari mana covid 19 ni.

Anak buah aku beritahu bahawa, omicron ni kebanyakannya dikesan dikalangan mereka yang pulang dari umrah. Mungkin ada kebenarannya, sebab Arab Saudi sudah tiada penjarakan fizikal apabila solat.

Zaman sekarang ni, zaman fitnah maka kita akan rasa percaya atau tidak sahaja yang penting kita terpaksa atau dipaksa mengambil suntikan dos penggalak. Adeh! Kena lagi, sampai bilalah nak habisnya. Harap ianya akan semakin berkurang dan kemudian hilang ditelan arus masa. Insyaallah, itu semua akan dihapuskan dengan kekuasaan-Nya. Aku tak boleh bayangkan kesedihan anak-anak yang kehilangan ibubapa mereka akibat covid 19.

Harap kita semua tabah menghadapinya dengan tenang. Mungkin juga kita boleh berdoa agar banjir ni membawa keluar covid 19 ni sekali. Semoga kita semua dapat menempuhnya dengan tenang dan tabah hingga akhirnya. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.


X