Tag Archive : Gold perlahan

Gold dijangka menurun sebelum membuat kenaikan ke 1840+

Hari ini Ahad pertama tahun baru 2022. Tiada dagangan hari ini untuk gold, kecualilah jika anda trade matawang kripto. Maka hari ini adalah masa yang sesuai untuk melihat arah pasaran. Jika minggu lepas gold naik mendaki ke 1829, mungkinkah ianya akan terus mendaki atau terjun pandelela semula. Haha.

Istilah yang paling aku dan para pedagang di Malaysia guna iaitu terjun โ€œPandelelaโ€ bersempena Pandelela Rinong seorang penerjun papan anjal yang berasal dari Sarawak. Jika kita melihat pasaran indeks, kesemuanya terjun dengan banyak menjelang tahun baharu 2022. Mesti ramai yang bersemangat untuk berjuang membuat dagangan pada hari isnin pertama 2022 esok. Haha. Selain gold aku juga ada membeli saham.

Harap-harap esok ianya naik sedikit lagilah. Jika ada modal kemungkinan aku akan terus menambah unitnya. Kebimbangan pelabur sekarang adalah tertumpu pada penularan varian omicron. Nampaknya kita kemungkinan menghadapi gelombang yang baharu ini dalam bulan hadapan. Penutupan visa umrah pada 7hb. Januari depan merupakan satu petanda, negara akan mengalami impaks yang agak mencabar kali ini dengan masalah banjir lagi. Ekonomi pasti akan bertambah perlahan lagi.

Bayangkan ramai keluarga yang kehilangan harta benda, malahan ada yang hilang terus teempat tinggal mereka akibat dihanyutkan arus yang sangat deras berserta hentaman kayu balak yang besar. Adeh! Hancur luluh bila mereka melihat kejadian banjir kali ini. Tak terkata apalah, walaupun kena redha dengan ketentuan Allah namun untuk bangun semula akan mengambil masa yang agak lama juga. Pelan jangkamasa panjang perlu dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang banjir.

 

Aku tidak mahulah menyebut pasal penebangan hutan. Itupun satu hal juga. Perkaranya agak sensitif sikit, jadi tidak perlu aku beritahu kerana tiada bukti selain kenyataan yang menyatakan tiada pembalakan dilapangan. Biarkan sahajalah kita meneruskan hidup seperti biasa, tapi jangan lupa tuntut semula gantirugi jika terbukti pihak berkenaan itu bersalah. Err. Setakat ini tiada lagi dakwaan dan laporan kerana masing-masing sibuk dengan mencuci lumpur dan mengemas rumah. Harap-harap semuanya dipermudahkanlah. Rakyat Malaysia ni adalah rakyat yang prihatin. Kerjasama antara individu dan kumpulan NGO menjadikan kita lebih kuat. Harapan aku, semua masalah kekecewaan kita masa lalu akan berubah kepada ikatan silaturrahim yang berpanjangan.

Sambungan… Pagi ni hari isnin aku dapat berita bahawa parlimen Afrika Selatan di Cape Town terbakar. Emm..nasib baiklah tiada yang cedera. Kebakaran yang berlaku di tingkat 3 dan jurucakap mengatakan bahawa kemungkinan tingkat ini akan berisiko runtuh akibat kebakaran.

Untuk pasaran emas, dijangkakan ianya akan meningkat lagi ke 1840+ selepas ianya turun sedikit pada rintangan 1817.69. Jadi terpaksalah cover sedikit profit nak bagi margin selamat. Mudah-mudahanlah. Pembukaan pagi ni harga gold meningkat sedikit kepada 1830.55 dan kemudian sedang membuat penurunan. Apapun arahnya kita berserahlah sahaja kepada Allah, analisa teknikal ini hanya sebagai panduan sahaja. Sekian.


X