Tag Archive : Gold Bullish

Emas naik kerana perang sudah bermula di Ukraine

Emas naik kerana perang sudah bermula di Ukraine

Minggu lalu menyaksikan dalam sejarah yang emas naik melepasi rintangan 1860+ dollar per auns. Ianya gara-gara Rusia yang sudah memasuki wilayah Ukraine dan membuat serangan pada . Ianya bukan sahaja menyebabkan harga emas naik mendadak, malahan harga minyak dunia juga telah melepasi 100+ dollar per tong.

Konfliks bersaudara yang agak sekian lama dipendam oleh Putin akhirnya telah mendatang kebuntuan dan seterusnya membuatkan Rusia terpaksa menyerang Ukraine. Semuanya gara-gara Presiden Ukraine yang pro barat. Namun ada perkhabaran bahawa barat cuba akan membalas serangan dengan perngerahan aset ketenteraan mereka ke sana. Dalam hal yang sedemikian kita tidak boleh menggambarkan bagaimanakah konfliks ini yang semakin memuncak apabila Ukraine yang sebelumnya berkecuali tetapi ingin memihak kepada NATO.

Semenanjung Cremia sememangnya diidam-idamkan oleh barat untuk menakhluki rantau sekitar Laut Mati. Turki dengan segera menyekat kemaraan Rusia bagi memberi harapan rundingan akan dapat disegerakan bagi meredakan perang yang sudah berlangsung dalam 3 hari ini. Para pelabur emas dan komoditi utama menjadikan harga dipasaran naik dengan bekalan bahan mentah yang agak sudah didapati selepas musim sejuk dan hujan yang memusnah sebahagian kawasan.

Pihak Ukraine pula agak bimbang dengan Loji Nuklearnya di Cynobyl yang telah ditawan oleh tentera Rusia. Ianya mungkin bagi menagih simpati barat untuk menghantar bantuan. Jika tidak Ukraine mungkin menjadi Syiria kedua yang musnah dengan perang selama lebih 7 tahun dan berlarutan sehingga kini. Walaupun Amerika telah mengundurkan tenteranya dari Timur Tengah, namun Rusia agak curiga dengan kecenderungan Presiden Ukraine ke arah pihak NATO.

Rusia pula menggunakan kuasa Vetonya yang seperti biasa mematikan sokongan terhadap ketetapan PBB bagi menyatakan bantahan terhadap serangan Rusia. Nampaknya Rusia seolah-oleh berseorangan kali ini. Negara-negara lain seolah-olah tidak memperdulikan apa yang Rusia beritahu tentang usaha pihak Ukraine yang ingin menghalau secara genosid ke atas penduduk yang berketurunan Rusia di dua wilayah timur.

Jumlah korban yang agak ramai telah membuatkan Rusia hilang sabar dan menceroboh masuk ke Ukraine bagi meredakan keadaan. Walaupun rundingan sudah berjalan pada kali pertama di Belarus, namun Rusia tetap membedil bandar kedua terbesar di Ukraine. Ianya telah menyebabkan harga emas melonjak naik sehingga 1942 pada rabu.

Pada pembukaan sessi Euro emas mula menurun sedikit ke paras 1923 dollar per auns. Pada masa saya menulis harga telahpun melnjak semula ke 1833. Selepas seminggu harganya kini telah mencecah 2070.36. Itu adalah jumlah hharga yang tertinggi setakat 8 Mac 2022. Ianya semua disebabkan oleh perang yang masih melanda Ukraine pada Isnin.

Minggu ini saya mungkin berehat selepas kenaikan mengejut sehingga memecah rintangan dan emas melebihi 2000 dollar per auns. Harga runcit emas 999 sekarang sudah melebihi RM300+ per gram. Ianya adalah antara yang teringgi selepas setahun setengah mengalami kejatuhan ke paras 1600 dollar per auns.

Jika perang masih berterusan harga emas kemungkinan akan berlegar pada 2050 ke 2070 dalam beberapa minggu lagi. Jadi agak sukarlah nak melihat ianya turun ke paras 1800 dollar per auns. Saya ada mengatakan beberapa bulan yang lepas bahawa harga emas akan mencecah 1900+, namun tidak menyangka ianya boleh pergi lebih daripada itu. Jadi lakukan pemantauan secara berkala agar anda dapat berdagang dengan tenang dan aman. Sekian.

Harga menampakkan sedikit kenaikan dan aku kena kuarantin.

Harga menampakkan sedikit kenaikan dan aku kena kuarantin.

Assalamualaikum, Dah lama aku tak menulis, sebabnya isteri aku disahkan positif covid-19. Emm.. Maka aktiviti menulis aku sudah hilang fokus. Walaupun aku tetap berdagang emas. Kesemuanya untuk memangkas jumlah floating yang agak besar. Dan aku terpaku disebabkan memasang belian pada 1830+. Adeh! Tapi takpalah, sebab aku buat jualan sell sebelum sauk belian dari bawah 1800 ke atas beberapa kali. Alhamdulillah.

Cumanya aku jadi malas sikit disebabkan tidak bergerak ke mana-mana disebabkan kuarantin. Bukan senang nak jaga mereka yang terkena covid-19 ni. Kalau demam biasa kira ok lagilah. Tapi covid-19 ni agak leceh sikit nak jaga kebersihan tempat makanan pakaian. Macam kau servis kat hospitallah. Huhu Tapi takpalah, dapatlah juga pengalaman jaga orang sakit covid-19 ni. Jadi next time kita dah tahu apa nak buat kalau kena. Nasib baiklah aku hari sabtu 29hb tu pergi ambil vaksin. Kalau tidak aku teruk jugalah kena. Isteri aku pula tak sempat ambil dos penggalak disebabkan bertembung dengan temujanji di hospital pada tarikh tersebut.

Hari ni isnin, sekali lagi aku bawa isteri aku ke CAC Sungai Buloh untuk buat pemeriksaan semula. Pagi tadi aku melihat harga emas naik sedikit dan dapatlah sedikit profit. Harga kemudian mula turun semula ke aras 1809 dan sebelum itu aku sudah memaku sekitar 1810-1812+. Selasa merupakan hari yang agak mengelirukan dengan kenaikan emas ke paras yang tertinggi selepas turun sebanyak 2 kali pada minggu yang lalu. Harga emas 1828 pada kali ini. Ianya boleh dikatakan agak lumayan bagi mereka yang memaku belian (buy) semalam.

Hari Rabu adalah hari yang agak perlahan, kerana para pedagang berhati-hati dalam menunggu kadar faedah yang dijangka diumumkan pada khamis. Jadi pasaran agak suram dan turun ke paras 1797 dan membuat kejutan turun ke paras 1794+. Namun ianya kembali mendaki sehingga mencucuk 1803 serta meningkat ke aras tertinggi 1810 dan menjunam ke 1804.90 dan ditutup selesa 1806.40 pada akhir sessi New York. Hari khamis pasaran agak aktif, di mana ianya turun ke paras terendah 1788.97 sebelum mendaki semula ke 1841+ . Walaupun ditutup sedikit rendah daripada 1841, namun hari jumaat merupakan hari yang membuatkan pasaran emas naik ke aras 1865.30 dan ditutup pada 1860.89. Ianya berikutan berita diluar jangka yang menyebabkan dollar menyusut dengan agak banyak yang menyebabkan pasaran emas meningkat lebih lagi. Selain daripada itu ada ura-ura yang Vladamir Putin telah mengarahkan askar-askar Rusia ke sempadan Ukraine.

Russia-Ukraine conflict highlights: American official in Moscow expelled; Russia attack on Ukraine imminent, says US

Hari Isnin telah diadakan menyuarat tergempar yang menyebabkan harga emas menyusut sedikit dan meneruskan kenaikan sehingga 1873.92 dan ditutup pada 1870.71. Selasa 15hb. Februari 2022 menyaksikan para pelabur mengambil keuntungan dengan mambuat jualan sehingga harga menyusut ke aras 1844.26 dan ditutup pada 1853.28. Rabu kebiasaan adalah hari berita (news day) buat pasaran terbuka. Pasaran dibuka rendah dan kemudian meningkat semula ke 1872.31 dan ditutup pada 1869.31. Ianya adalah gara-gara Vladamir Putin telah mengarahkan askar-askarnya pulang semula ke pengkalan mereka selepas menjalani latihan ketenteraan di sempadan Ukraine.

Namun hari khamis tersebar khabar angin yang tentera Ukraine telah melancarkan serangan terhadap tentera Rusia. Ianya menyebabkan kenaikan ke paras tertinggi pada tahun ini iaitu mencapai harga 1900.97 dollar per auns. Malangnya pada jumaat harga mencapai kenaikan sehingga 1902.17 sebelum ditutup pada 1897.84 yang menyaksikan penurunan sehingga 1886.34.

Perkembangan ini disebabkan berita yang pihak Amerika Syarikat telah mengarahkan tentera mereka ke Ukraine bagi mengawal ketegangan. Adakah perang akan bermula setelah sekian lama kita tidak menyaksikan peperangan antara pihak Rusia dan Amerika Syarikat? Ianya akan terjawab juag satu hari nanti. Aku? Aku masih seperti dahulu, minum secawan kopi di kedai Nasi Ahmad ni. Sekian..


Nak Berjaya Selesaikan Semua Hutang Dengan Pantas & Tambah Positive Cashflow?
Buku Ini Akan Bantu Anda Strukturkan Semula Kewangan Tidak Kira Apapun Situasinya. Dapatkannya SEKARANG

Minggu yang mendebarkan tapi kesudahannya agak bagus

Isnin yang mendebarkan
Assalamualaikum,
Seperti biasa aku meneruskan dagangan pada pagi isnin. Hari ini seperti yang dijangka emas naik sedikit sebelum turun semula ke paras 1833 serta naik semula ke aras 1844+ dollar per aun. Ketika ini ianya turun sehingga 1837 dollar per aun.

Malam ni aku keluar dan menulis di meja Restoran Nasi Ahmad. Macam biasa aku minum secawan kopi-o. Hari ni kebetulan isteri aku ajak pergi beli barang keperluan di SC. Aku hanya turunkan dia dan terus ke sini. Sebabnya cuma nak cari telur sesarang. Bila ambil balik, dia cakap Cuma dapat yang paket kecil sahaja. Mungkin ramai nak buat kueh bulan agaknya. Fikirku. Huhu.

Tahun Harimau CNY kali ni

Dahulu semasa aku masih aktif dengan MLM, adalah merasa kueh bulan yang dikeluarkan syarikat. Halallah, emm sedap juga rasanya. Ada yang inti telur, ada yang intinya kacang merah. Tak pastilah CNY kali ni ada keluar lagi. Sebabnya syarikat MLM tupun dah bertukar pengurusan.

Hari ini selasa, pasaran emas meningkat naik tetapi sangkut dekat 1840-1843+-. Aku agak pening hari ni, sebab selepas pukul 3 petang hanya berjaya mengumpul 3.81 dan terpaksa rugi sedikit. Biasalah cikgu aku kata daripada takda apa-apa, lebih baik rugi sedikit daripada tak dapat tutup. Haha.

Hari rabu aku pasaran mula melonjak ke atas melepasi 1847+ dan mencecah 1853+. Akhirnya pada pagi jumaat pasaran mula turun di bawah 1800-dollar per aun. Jadi kita paku beli ajelah. Alhamdulillah dapat lebih dari 200+ mata. Yang lain hari isnin nanti pulalah sambungnya. Harap pasaran dibukalah. Huhu.

 

Hari ini aku pergi ambil booster, dah dapat appointment hari tu. Bukan apa, kekadang kerja freelance ni kena juga jumpa orang. Tak jumpa orang macam mana nak dapatkan sedikit wang saku. Dah lebih 5 tahun aku kerja freelance ni. Sepenuh masalah. Sebelum ni aku kerja kutipan data pemetaan. Macam-macam orang aku jumpa sejak buat kerja sendiri ni. Ada yang ok, ada yang kekadang tetiba hilang pun ada juga. Haha. Biasalah, hidup dalam masyarakat pelbagai kaum ni kita kena hadap ajelah.

Alhamdulillah, Malaysia masih aman, walaupun ada yang buat demo sana-sini, tapi bila raya semua sibuk nak balik kampung. Haha.
Masa aku pergi cucuk tadipun, ada warga asing yang datang cucuk. Sepatutnya kita kena bertolak ansur sesama manusia. Ada benda kita beri sama rata, dan ada benda kita kena tegas. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sekarang kira ok r banyak beri pendapat tentang pelbagai isu semasa. Tak macam dulu, semua ikut sahaja. Kebanyakanlah. Sekarang tak setuju, boleh terus buat aduan melalui internet. Kalau dulu susah, nak kena datang sendiri ke jabatan yang kita nak komplen tu. Huhu.

Hari selasa dan rabu depan tak boleh kata apalah sebab CNY.Pasaran sessi Asia pasti banyak yang tutup. Shanghai Stock Exchange ditutup seminggu. Malaysia pula pukul 12.30 tengahari ditutup sehingga hari Rabu. Hong Kong Stock Exchange pula ditutup Isnin sehingga hari Khamis. Kiranya minggu cutilah, baru ku tahu bagaimana covid-19 merebak dengan cepat pada 2020. Harap tahun ni akan berhentilah penyebarannya. Penat weh, nak buat makan-makan pun agak susah juga. Jadi dikesempatan ini aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti kepada semua. Sekian.

Memaku pada hari terakhir 2021 dan Selamat tahun baru 2022

Hujan lagi hujung minggu ni, gold naik lagi. Hari ni jumaat, macam biasa aku trade gold sahajalah. Malas nak pening kepala dengan EUR/GBP yang jatuh teruk. Huhu. Aku rugi dekat USD5, teruk betul penangan varian omicron ni. Apalah nasib rakan-rakan di luar negara, ada yang khabarnya nak tutup balik sempadan negara. Eropah paling terkesan, UK pun teruk juga. Harap Malaysia tak seteruk itu, tapi tu r. Angkanya sudah mula mendaki ke 4k.

Harap-harap pulangan gold aku kali ni lebih lagi dari minggu lepas. Kalau dapat atas USD50 ok juga. Terpaksalah kumpul-kumpul sikit-sikit. Apa boleh buat modal kecil sahaja. Tapi takpa lah, hati lebih tenteram daripada ada hutang keliling pinggang. Huhu. Cuma sebutharga aku sempat hantar lagi. Terasa sibuk pula dengan design bunting ni. Adalah 2 helai sahajapun. Alhamdulillah.

Hari tu pun aku terpaksa update web kerana invoice sistem aku down sebab website terlalu banyak benda yang tak berkenaan. Huhu. Al-maklumlah, bila sesuatu web akan dibina, biasanya aku up yang dummy punya dulu dekat website aku. Kemudian baharulah aku buat baru dekat client punya domain. Kalau tidak jadi carca marbalah web tu. Huhu. Sejak 2 tahun covid 19 ni, aku dah tak ada web baru untuk client. Asyik update dan selenggara yang lama sahaja. Itupun ada yang liat nak bayar. Haha. Biasalah ramai jatuh kali ni. Ini datang banjir pula.

 

Sekarang tengah menaip ni pun hujan turun renyai-renyai. Nampak gaya, kena bersedia segala kemungkinan. Kelantan dan Terengganupun dah mula banjir. Cuma mereka dah biasa dengan banjir, Selangor ni tak semua biasa laluinya. Jadi mereka agak lambat lari ke pusat permindahan sampai ada yang mati akibat lemas.

Banjir Kilat di Ladang Alam Warisan

Pagi ni hari sabtu aku mendapat khabar berita yang Ladang Alam Warisan di Kuala Pilah mengalami banjir kilat yang agak teruk. Apa nak jadilah dengan alam ini. Banjir, ribut, taufan dan gempa bumi itu adalah fenomena yang biasa bagi negara-negara Asean sekarang. Apabila kerakusan manusia menjarah hutan, maka terjadilah banjir lumpur dengan hanyutan kayu balak.

Teringat aku sewaktu ditemuduga untuk kemasukan universiti lebih 30 tahun yang lalu. Soalan yang ditanya adalah tentang kenapa banjir terjadi atau bagaimana nak memelihara alam sekitar kita. Lebih kuranglah. Aku menerangkan bahawa apabila hutan ditebang maka banjir besar akan terjadi. Nah! Sekarang kita sudah nampak kesannya selepas 30 tahun aku ditemuduga itu. Alasan kerana saliran tersumbat dan sebagainya, sebenarnya memang dangkal. Haha.

Pada satu ketika Sungai Damansara melimpahkan airnya dan telah menenggelamkan Taman TTDI Jaya di Shah Alam dan Kampung Sungai Kayu Ara di Damansara Utama. Kemudian diadakan kolam-kolam takungan banjir disekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Kalau nak cerita banjir kilat ni sebenar biasa terjadi pada akhir 90an dan ke atas dan kerajaan memutuskan membina lebuhraya SMART Tunnel agar dapat mengalihkan air dari Sungai Klang ke Tasik Taman Desa. Namun selepas pembangunan pesat di sekitar Kuala Lumpur, banjir kilat kini terjadi pada akhir tahun 2021.

Tasik Taman Desa

Aku dulu pernahlah kerja dengan syarikat pemetaan, adalah juga tahu tentang pelan Bandaraya Kuala Lumpur ni. Syarikat tu membuat pemetaan data samada dalam bentuk peta lembaran, buku peta dan peta GPS Digital. Lama juga aku kerja dengan mereka, adalah dalam 15 tahun gitu. Kira peta KL ni, dalam kepala aku saja. Sampai kawan-kawan aku memberikan gelaran “Maps Bergerak”. Haha.

Dalam merancang sebuah bandar, kita tidak boleh lari dari menguruskan tentang saliran dan perparitan. Jika tidak beginilah yang terjadi pada hari ini. Mungkin satu ketika nanti sesetengah tempat akan terus tenggelam seperti yang digambarkan oleh saintis global. Err..melencong jauh dah dari bab dagangan ni. Oklah, berkenaan dengan trade aku pada hari jumaat ni. Suasana agak memeranjatkan juga kerana gold telah naik ke 1829 per aun pada penghujung dagangan. Aku yang memaku sell kali agak cuak juga pada lebih 100++. Haha. Tapi tidak mengapalah, sebelum tu aku sudah membuat keuntungan lebih 60mata. Alhamdulillah.

Gold mencapai 1829 per dollar per aun kali ni.

Namun jumlahnya masih agak kecil untuk aku membuat pengeluaran pada jumlah yang agak selesa USD50. Baharulah dapat merasa penatnya membuat dagangan. Haha Hari ini sudah tahun baaru 2022, hanya semesti cuti umum maka tiadalah dagangan emas pada hari ini. Jadi masa untuk berehat. Jadi artikel pada kali ini adalah yang pertama pada tahun 2022. Oklah. Selamat bercuti dan selamat tahun baharu 2022. Sekian.


X