Tag Archive : FOMC

FOMC beri kesan banyak terhadap dagangan Emas

Setiap bulan, satu jawatankuasa kewangan  USA akan bermesyuarat bagi memutuskan pelbagai dasar dan data ekonomi mereka yang dikenali sebagai (FOMC). Ianya sedikit sebanyak  akan menggambarkan arah tuju pasaran samada saham, indeks, matawang dan harga komoditi utama.

Fesee

Pada kebiasaannya pelabur akan hanya menunggu atau membuat order serta menganalisa sebelum pasaran dibuka sehari atau dua hari sebelumnya. Pelbagai jenis data ditunggu oleh mereka seperti data pekerjaan, data kepenggunaan (inflasi) dan ianya akan memberi isyarat kepada pelabur untuk membuat  keputusan samada membeli atau menjual atau tidak mahu masuk pasaran.

Ada juga jenis pelabur yang hanya membuat dagangan sebelum atau selepas FOMC. Keputusan mesyuarat juga akan mempengaruhi pasaran antarabangsa kerana apa yang didagangkan selalunya menggunakan dollar amerika. Ianya akan membuatkan indeks naik atau turun. Jangkaan awal juga boleh mempengaruhi pasaran.

Bagi pelabur-pelabur runcit, keputusan selalu akan mengikut arah pasaran. Mereka semestinya tidak melabur sebegitu besar berbanding dengan institusi seperti bank dan badan pengurusan amanah serta kewangan. Contohnya KWSP, sering kali dilihat membuat pelaburan dibeberapa saham bluechip di Bursa Malaysia.

Secara terjemahannya FOMC adalah Federal Open Market Committee.  Komitee ini terdiri daripada gabenor-gabenor bank persekutuan Amerika. Kesemua keputusan mesyuarat akan mengikut akta 1913 yang memberi kuasa kepada Federal Reserve membuat atur kerja (Setting) kewangan mereka. Segala jadual telah disusun sepanjang tahun seperti tahun ini. Ianya digelar sebagai kalender mesyuarat FOMC. Mesyuarat akan datang adalah pada 14-15 haribulan disember 2021.

Berikut adalah FOMC untuk tahun hadapan (2022):-

2022 FOMC Meetings

January 25-26
March 15-16*
May 3-4
June 14-15*
July 26-27
September 20-21*
November 1-2
December 13-14*

**Sumber dari https://www.federalreserve.gov/monetarypolicy/fomccalendars.htm

Bagi anda yang nak Berjaya Selesaikan Semua Hutang Dengan Pantas & Tambah Positive Cashflow? Buku Ini Akan Bantu Anda Strukturkan Semula Kewangan Tidak Kira Apapun Situasinya. Dapatkannya SEKARANG!


X