Tag Archive : Chart Pattern

Prices Action dan OPR

Minggu lalu merupakan minggu yang agak agresif dalam pergerakan harga pasaran. Minggu ini yang memeningkan Federal Reserve apabila Powell diberi amaran tentang dasar mereka yang asyik menaikkan OPR (Overnight Policy Rate atau Kadar Polisi Semalaman). Kadar ini membuat para pelabur terasa tertekan dan kadangkala merehatkan aktiviti dagangan mereka. Ianya tidak begitu baik untuk pasaran.

Ini adalah kerana ianya bukan disebabkan permintaan tetapi disebabkan ketidakseimbangan harga sesebuah bahan dagangan samada ianya matawang, komoditi dan sebagainya. Ianya juga membuatkan matawang lain menurun keterlaluan. Jika ini berlaku, pengimport dan pengilang akan memperlahankan permintaan mereka terhadap bahan mentah, barangan atau produk dan sebagainya.

Pasaran yang sihat adalah pasaran yang ada turun naiknya. Ianya tidak sihat jika berada pada harga yang tinggi sepanjang masa (All Times High) ATH atau All Times Low juga tidak begitu sihat (Harga jatuh ke paras terendah). Kebiasaannya ianya berada di bawah dengan membuat Lower Low sebanyak 3 kali atau lebih. Bagi anda yang ingin belajar tentang permintaan dan penawaran (SND) bolehlah melihat youtube Hanzo dan boleh join untuk support beliau dalam menyampaikan ilmu trading sebagai terima kasih. (Err..saya tidak disponsor olehnya).

Untuk buku boleh beli dari Khalid Hamid (Prices Action).Seorang trader sepenuh masa dan bertaraf jutawan.  Sama macam Hanzo, saya pun tak disponsor oleh Khalid Hamid untuk buku tu.

Jadi kali ini, mari kita belajar beberapa candlestick chart pattern yang ada dalam dagangan emas pada minggu lalu. Pertamanya adalah Triple Support (Sokongan di tiga dasar).

Ianya berlaku di time frame besar H4, beberapa minggu yang lalu. Pattern ini boleh menyebabkan kenaikan paras harga yang agak sederhana tinggi. Namun akibat daripada keadaan yang tidak menentu di USA maka ianya tidak mencapai tahap maksima apabila terjun ke paras 1641 semula.

Kedua adalah Head and Shoulders (Kepala dan bahu). Ianya menyebabkan penurunan yang agak banyak juga. Namun tersangkut akibat belian yang banyak pada hujung minggu lalu. FOMC minggu ni menyaksikan penurunan yang agak ketara sehinggakan order prices saya semuanya kena dan float yang begitu tinggi. Namun dapat juga profit yang tidak di sangka. Namun ianya mengurangkan margin level saya daripada 500% kepada bawah 300%.

Pengurusan kewangan adalah bahagian yang agak sukar bagi seorang trader, terutama apabila kita tidak dapat mengawal nafsu(tamak), emosi dan perasaan kita. Ramai trader yang gagal dalam bab mengawal emosi ni. Ianya tidak kiralah anda memiliki akaun yang besar atau kecil, yang penting adalah di mana anda mahu close trade tersebut. Sekian

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kitab candlestick ini. Bolehlah klik di sini. Amaran! Kami tidak akan bertanggung jawab di atas segala kerugian ke atas pelaburan anda hanya disebabkan anda membaca kitab ini. Untuk lebih jelas anda boleh mendapatkan nasihat pakar dalam bidang ini.

Saya bersetuju untuk membeli panduan tersebut di atas. Sila KLIK DI SINI

 

 

 

 

 


X