Category Archive : Technology

Saham Lucid dan Grab jatuh serta peluang buat anda

Lucid dan Grab
Sebelum ini saya pernah menceritakan tentang Lucid Motor, iaitu sebuah firma pengeluaran kereta elektrik (EV). Lucid membangunkan kereta elektriknya hanya beberapa tahun Tesla ditubuhkan. Jurutera Tesla telah keluar dan menubuhkan Lucid Motor dengan membangunkan bateri yang lebih berkuasa.

Kelebihan ini menjadikan Lucid antara EV yang terpantas pada masa kini. Kilangnya yang terkini yang dibuka awal tahun ini dapat mengeluarkan model Lucid dengan lebih pantas.

Begitulah serba sedikit berkenaan latar belakang Lucid Motor.
Terkini Lucid sudah pun tersenarai di Nasdaq dan kini mengalami kesan kejatuhan akibat ketidakyakinan pelabur. Sahamnya turun dari 55.55 sehingga ke paras 35.79 mata.

Kebetulan krisis inflasi dan kewangan US beberapa minggu ini, maka harga saham-saham turun dengan mendadak akibat kebimbangan pelabur. Begitu juga saham Grab Holdings, harganya jatuh 18.11 kepada paras terendah 6.84 mata. Harganya sekarang cuma 7.22mata.

Sedikit latar belakang Grab. Grab merupakan sebuah syarikat startup Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai MYteksi. Ianya menguruskan perkhidmatan teksi dalam talian. Dalam beberapa tahun ianya telah memindahkan ibupejabatnya dari Malaysia ke Singapura dan menukar namanya kepada Grab dan jenamanya ditukar kepada Grabcar.

GrabFood has replaced Uber Eats, offering more than 300 restaurants through its service in Klang Valley. – picture by Grab Malaysia

 

Hanya kurang dari sepuluh tahun, Grab berkembang ke merata negara dan kini ianya telah pun berjaya disenaraikan di Nasdaq. Grab juga membuka perkhidmatan penghantaran makanan dan juga barangan. Nilai kapitalnya kini mencecah 28billion dollar.

Ingin berdagang di Nasdaq. Klik di sini untuk daftar.

Lucid memperlihatkan kawasan kilangnya

Kilang Lucid Motor di Casa Grande, Arizona, USA

Pembuat kenderaan elektrik Lucid Motors memberikan gambaran maya di dalam kemudahan pembuatannya pada hari Rabu, yang menawarkan pemandangan yang mengagumkan yang menyoroti beberapa perbezaan antara Lucid Air dengan pengeluar kereta EV yang lain.

Penghantaran pertama tempahan kereta Lucid Air adalah dijangka pada pertengahan 2021 ini. “Pengeluaran adalah aset penting yang diyakini oleh pihak luar” kata CEO Lucid Peter Rawlinson. Beliau juga yakin para pelabur tidak akan dikecewakan oleh Lucid Motor dengan jaminan kualiti yang diambil berat oleh  pihak mereka.

Kilang Lucid memiliki Robot dan pembuatan automasi yang merupakan satu pelaburan aset yang penting kepada Lucid bagi menjamin keuntungan.

#LucidMotor #Kilangkereta #LucidAir

Sifu kata EV lagi power dari kereta Tesla-Betulke?

Assalamualaikum

Kali ini saya nak cerita tentang satu benda yang berbeza daripada trade. Apa itu? EV atau electric vihecle (kereta elektrik).

Teknologi kereta elektrik telah dipelopori oleh pelbagai universiti sejak dari tahun 80-an lagi dan banyak model-model kereta elektrik diprototaip pada tahun-tahun 90-an. Bukan sahaja universiti di luar negara, malahan Uniten juga pernah mengkaji teknologi tersebut. Tetapi kebanyakan kajian mereka berkisar kepada basikal solar dan kereta mini.

https://www.mstar.com.my/sukan/2009/10/18/pasukan-uniten-sertai-perlumbaan-kereta-solar-di-australia

Pautan di atas merupakan berita yang dikeluarkan oleh Mstar pada 2009. Dalam masa 10 ke 15 tahun akan datang, ada negara akan mengharamkan penggunaan minyak pada kenderaan. Maka dalam masa beberapa tahun ini, teknologi kereta elektrik akan berkembang dengan lebih rancak. Bukan hanya Tesla yang mengeluarkan kereta elektrik tetapi China juga memiliki industri kereta elektrik. Bukannya 1 tetapi hampir 10 buah syarikat.

https://mashable.com/2018/04/25/china-electric-vehicles-tesla-beijing-auto-show/

A look inside the Nio Eve concept car.

Salah sebuah kereta yang dikeluarkan oleh NIO

Lumrah kehidupan di dunia, setiap pasukan semestinya akan berpisah jua. Umpama Tesla, memiliki pasukan yang mantap dalam menghasilkan sebuah kereta elektrik sepenuhnya. Bermula dalam tahun 2003 Tesla yang mana pengasasnya seorang jurutera daripada syarikat General Motors yang sebelumnya memulakan projek kereta elektrik tetapi menutupnya pada sekitar 2003. Namun kehadiran Elon Musk sebagai CEO  telah menghasilkan model S pada 2009 dan model x pada 2012.

Salah seorang daripada jurutera Tesla iaitu Peter Rawlinson kemudiannya bergabung dengan Derek Jenkins yang sebelum itu pernah bekerja dengan Mazda juga telah menubuhkan sebuah syarikat kereta EV iaitu Lucid Motors atau juga dikenali sebelumnya sebagai Atieva pada tahun 2007. Peter Rawlinson merupakan seorang jurutera elektrik dengan kepakaran dalam pembuatan bateri kereta. Manakala Derek pula merupakan bekas Ketua Rekabentuk Mazda Amerika Utara telah menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh dikatakan cantik, mewah dan superb.

Berbanding dengan Tesla, Lucid Air memberikan kelajuan maksima sehingga 1080 kuasa kuda serta teknologi pengecasan pantas dengan separuh cas bateri hanya dalam masa kurang 30minit.

Kepantasannya boleh mencapai 60 batu sejam hanya dalam masa 2.5 saat dan boleh pergi sejauh 517 batu dengan pengecasan penuh. Wow! Cukup mengagumkan. Ia boleh mengalahkan teknologi mana-mana syarikat kereta elektrik dunia.

Tesla hanya bertahan sehingga 340 batu dengan kepantasan pada 3.4 saat untuk mencapai 60 batu sejam. Kelajuan maksima Tesla model x hanyalah 670 kuasa kuda. Cuma Tesla mempunyai kelebihan daripada segi harga yang lebih murah sahajalah.  Daripada segi rekabentuk pula, Lucid lebih tampak mewah berbaloi dengan harganya yang agak mahal. Sebuah Lucid Air bermula dari USD$65K.

Jom layan video Lucid Air. Sekian, jumpa lagi pada artikel akan datang.


Jika anda berminat membeli saham Tesla, mari sertai kami di Etoro. Anda boleh mendaftar pada link di bawah. Semua wang deposit adalah milik anda, saya tidak mengambil keuntungan selain daripada apa yang diberikan oleh pihak etoro sendiri. Sebaiknya menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan.

Klik Di Sini untuk Daftar ETORO


X