Category Archive : Simpanan Emas

Emas bergerak agak perlahan minggu ni

Assalamualaikum,
Hari ni pergi ke Sungai Buloh Mall, aku rasa bosanlah pula sambil menunggu isteri dan anak membeli baju kurung. Jadi aku mula menulis lagi. Hehe.

Sedang menulis tetiba mereka dah selesai. Baru satu baris je. Ok r, ni sambung semula dekat dobi layan diri hari Isnin. Pagi ni aku mula buka semula MT4 untuk melihat harga emas di pasaran. Masih perlahan dan tidak agresif, mungkin ramai menghabiskan cuti tahunan sehingga tahun baru 2022.

Akhir tahun ni, ramai yang bersedih disebabkan banjir yang melanda. Salah seorangnya adalah anak buah aku sendiri. Kasihan juga apabila melihat banyak barang-barang yang rosak habis ditenggelami air banjir selama beberapa hari. Hari tu, rakan sekerjanya datang membersihkan rumahnya yang berselut. Ramai juga yang datang. Aku tinggal agak jauh di Sungai Buloh, rumahnya pula terletak di Kg. Bukit Canggang di Banting.

Kereta digenangi air banjir di Taman Sri Muda

Aku mula membelek-belek peta google dan mendapati rumahnya Cuma beberapa ratus meter sahaja daripada Sungai Langat. Patutlah kawasan sana ditenggelami air bah. Hujan terlalu lebat dan lama pada hari Khamis, Jumaat dan berterusan renyai-renyai sehingga hari ahad. Kebanyakan rumah yang banjir adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Sebelum itu Hulu Langat sudahpun banjir teruk pada malamnya. Ramai yang kecoh di Taman Sri Muda Shah Alam, tetapi lambat mendapat berita dari Sungai Lui yang sudah dilanda banjir dengan kederasan air yang begitu laju Banyak rumah telah musnah dilanda banjir.

Kereta yang tersadai selepas banjir di Sungai Lui

 

Apabila banjir sudah surut baharulah nampak kesan yang mana banyak kereta yang tersadai di sana-sini. Habislah. Oklah, aku mula membuka semula MT4, baru perasan harga emas telah mencapai 1811 selepas kenaikan daripada 1808 kelmarin pagi jumaat.

Gold TF 30 , 30/12/2021. Ke mana arahnya nanti?

Err..Pasaran ditutup pagi pagi waktu asia atau petang khamis waktu USA.
Aku membuka Etoro dan membuat pengeluaran selepas lebih 3 bulan berdagang. Tak banyak pun adalah dalam USD40 tetapi selepas ditolak cas perkhidmatan dalam USD5 maka Cuma dapat dalam RM35 sahajalah. Rasa cukuplah untuk duit minyak. Alhamdulillah.

Minggu ini aku belum melihat lagi arah pasaran. Mungkin malam ini baharulah melihat-lihat beberapa signal dan corak carta (Chart Pattern). Kita tunggu sahajalah malam nanti atau pagi esok. Banyak yang bercuti musim sejuk dan krismas sambil menyambut tahun baru. Kita kat Malaysia rasanya tidaklah mnyambutnya dengan gembira.

KMasih banyak kawasan yang akan terlibat dengan banjir sehinggalah bulan Januari. Pahang dilanda banjir yang teruk kali ini terutama di Mentakab dan Temerloh.

Hari ini rabu, pasaran masih lagi perlahan dan harga gold jatuh di bawah 1800. Aku menetapkan posisi buy, tetapi gold jatuh lagi kepada 1792 dollar per aun.

Tapi sempat jugalah aku close sell untuk 3.82. Kira-kira pukul 7.19 malam harga gold naik semula, maka dapatlah close semua buy yang telah dibuat. Alhamdulillah. Pagi ni ada ahli dalam group wasap aku yang memberitahu bahawa ringgit Malaysia meningkat sedikit.

Kebiasaannya memang begitu, apabila gold naik USD akan jatuh sedikit dan membuatkan paring USD dengan matawang lain akan naik sedikit tinggi.
Berita pagi ini mengatakan bahawa negara-negara eropah akan melaksanakan semula sekatan terhadap covid 19. Omicron sudah menular di sana.

Rakan aku dari UK pun kata bahawa selepas tahun baharu ni pun UK akan menguatkuasakan sekatan terhadap covid 19. Ah! Lockdown lagilah jawabnya. Bilalah nak habis ni, dia akan jadi berpusing-pusing tang tu je kata orang utara.

Tahun baharu ni diharapkan ada sinar dan khabar terhadap ubat yang berkesan mencegah covid. Hari itu pun CEO Pfizer sudahpun mengkhabarkan berita tentangnya, tetapi sejak omicron ni menular cerita tentangnya semacam tenggelam. Jengka 25 di Pahang pun sudah dikenakan PKPD minggu ni. Tak tahulah datang dari mana covid 19 ni.

Anak buah aku beritahu bahawa, omicron ni kebanyakannya dikesan dikalangan mereka yang pulang dari umrah. Mungkin ada kebenarannya, sebab Arab Saudi sudah tiada penjarakan fizikal apabila solat.

Zaman sekarang ni, zaman fitnah maka kita akan rasa percaya atau tidak sahaja yang penting kita terpaksa atau dipaksa mengambil suntikan dos penggalak. Adeh! Kena lagi, sampai bilalah nak habisnya. Harap ianya akan semakin berkurang dan kemudian hilang ditelan arus masa. Insyaallah, itu semua akan dihapuskan dengan kekuasaan-Nya. Aku tak boleh bayangkan kesedihan anak-anak yang kehilangan ibubapa mereka akibat covid 19.

Harap kita semua tabah menghadapinya dengan tenang. Mungkin juga kita boleh berdoa agar banjir ni membawa keluar covid 19 ni sekali. Semoga kita semua dapat menempuhnya dengan tenang dan tabah hingga akhirnya. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Gold terbang ke 1870 minggu ni dan menutup pada 1863.79

Assalamualaikum semua

Minggu ni gold sememangnya mencabar para trader gold tegar. Dengar cerita ramai juga yang MC (margin call). Ini disebabkan berita pada pertengahan minggu. Ramai floating teruk malah ada yang MC. Bagaimanakah situasinya.

Ianya terjadi apabila gold tidak membuat penurunan ketika ianya mencecah harga 1862 pada rabu. Ramai pacak sell trade, namun gold hanya turun seedikit saja pada keesokan harinya. Kebiasaan MC ni bila floating kita melebihi nilai margin yang telah keluarkan.

Gold membuat kenaikan semula pada jumaat dengan mencecah harga 1870(1869.45), tapi kali ini ianya menurun sehingga 1845.08 sebelum memanjat semula pada akhir dagangan kepada 1864.26. Harga paling tinggi semalam adalah pada 1868.46. Harap ianya menurun semulalah pada minggu depan. Kasihan mereka yang  floating teruk. Dunia trading begitulah, ada masa kita gembira dan ada kalanya kau menyorok celah bucu katil. Menangis sorang-sorang. Haha..Err macam pernah kena je.

Pergerakan Carta Gold pada 21 Nov 2021

Gold didagangkan 1 ounce berbanding dollar amerika, jadi segala berita berkaitan USD akan berkait rapat dengan kenaikan harga gold. Gold pernah didagangkan paling tinggi sehingga 2000+ per ounce pada tahun 2020. Jangkaan gold akan naik lagi kepada 1900 pada minggu hadapan. Jadi kita tunggu dan lihat.

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi. Klik di sini untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.


 

Gold menggila lagi

Menjelang NFP pada Jumaat (semalam 5hb.Oktober 2021), sektor pekerjaan menunjukkan bahawa peluang pekerjaan semakin memberansangkan dengan lebih 531k pada bulan Oktober lepas.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, Amerika Syarikat telah berjaya menghasilkan 312k peluang pekerjaan telah dikeluarkan. Ianya lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya yang cuma menunjukkan 194k.

Namun demikian dengan lambakan peluang pekerjaan ini, masalah tenaga buruh masih lagi tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Kadar pengangguran pula turun kepada hanya 4.6%. Ini diakibatkan peningkatan semula kes covid-19 menjelang musim sejuk.

Ianya langsung tidak menyokong ramalan pakar ekonomi. Jadi apa kaitannya dengan harga emas. Sebenarnya harga emas bergantung dengan nilai dollar amerika. Ini adalah kerana emas didagangkan 1 ounce berbanding dollar Amerika.

Pada Rabu dan khamis emas didagangkan agak tinggi sehingga mencecah 1790+ USD per ounces. Namun akibat kebimbangan pelabur harganya jatuh ke paras 1770 tetapi membuat peningkatan kepada 1800+ pada akhir dagangan pada jumaat.

Saya pun berhati-hati dalam memasuki pasaran dan terpaksa menutup dagangan akibat ketidaktentuan dagangan. Harap tidak ada yang MC lah pada ketika itu. Walaupun demikian saya juga berjaya menutup dengan TP (take profit) pada beberapa dagangan. Bolehlah buat belanja sikit.

Kepada anda yang ingin menyimpan emas bolehlah membuka akaun simpanan emas digital bersama Quantum Metal. Anda boleh membeli emas serendah RM10. Anda boleh emas dalam bentuk gram. Pengeluaran juga boleh dibuat dalam bentuk emas fizikal apabila cukup 1g, 10g dan sebagainya (mengikut standard pasaran).

Emas fizikal anda boleh dikeluarkan di Ar-Rahnu Tekun dalam tempoh 15hari. Anda juga ditawarkan pembiayaan 5x dan 10x, ianya adalah pelan yang tiada di mana-mana syarikat. Emas adalah emas 999.9 tulen dari Perth Mint, Australia. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah klik pada artikel ini. Klik Di Sini.

Kini anda boleh menyimpan emas dengan modal yang rendah

Assalamualaikum, Semoga anda sihat sejahtera hendak-Nya.

Okay. Kali ini saya nak cerita tentang emas pula. Emas merupakan logam yang mempunyai nilai yang tinggi sejak dari dahulu lagi. Selain barang kemas, dahulu emas dijadikan matawang oleh kebanyakan kerajaan. Emas juga dijadikan sebagai tukaran kepada keselamatan oleh kerajaan masa lampau kepada kerajaan yang lebih kuat. Tentu anda pernah mendengar tentang ufti bunga emas.

Bunga Ufti Emas-source Wikipedia.

Salah satu contoh matawang emas adalah dinar iaitu satu dinar emas mengandungi 4.25gram emas. Nilai semasa ketika sekarang adalah RM 253.46 x 4.25gram= RM1,077.205.  Bayangkan kita membawa beberapa ribu dengan hanya sekeping emas. Wow! Mudahkan? Tak payah pening-pening nak fikir sediakan beg dompet yang besar untuk membawanya.

Dinar Emas BNM dan Dinar Emas Kelantan-source detik perubahan.

Tapi adakah cara yang lebih mudah untuk membawa emas? Jawabnya, ya ADA. Tapi bagaimana? Jawapannya adalah simpan emas secara online, boleh keluar emas fizikal, boleh gadai janji, dan boleh dapat profit dari pelaburan.

Adakah syarikat ni patuh syariah? Jom tengok video ini.


Kalau kita rasa agak susah juga nak kumpul emas yang bernilai beribu ringgit, maka kali ini saya akan menunjukkan kepada anda semua bahawa mudahnya bermula menyimpan emas serendah RM10. Saya pun bermula dengan 1gram emas dan saya tetap mahu membeli emas sejak bermula .

Adakah anda mahu memiliki sekilo emas?

Mari kita lihat video ini tentangnya.

Mari kita menyimpan emas untuk masa depan. Daftar percuma dengan double click pada gold bar 1gram di bawah.

Atau scan sahaja QR Code di bawah (Ralat- Apps tersebut sekarang dikenali sebagai QMGold)


X