Category Archive : Saham

Pasaran Emas tutup sebentar pada Isnin

Pasaran Emas tutup sebentar. Adeh!

Macam biasa aku bersedia membuat dagangan pada isnin. Seperti hari isnin minggu sebelumnya, pepagi dah hantar isteri aku ke MRT. Jauh pula sebulan lebih dah ni kena hantar ke stesen MRT Kwasa Damansara. Orang kata buat habis duit minyak je. Yelah, duit KWSP aku habis dekat minyak je bulan lepas. Huhu. Pagi tu, aku tutup beberapa trade aku yang jumaat lepas. Terpaksa layan je lah pasaran minggu ni. Ni semua Jerome Powell punya pasal. Ekekee..sedap je mulut ko tuduh pakcik sorang tu. Data inflasi Amerika Syarikat kali ni adalah yang paling tinggi selepas tahun 80-an. Selain itu juga pelabur menunggu data ekonomi China yang dijangka keluar pada minggu ini. Begitu juga dengan penetapan kadar faedah yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Berbalik kepada dagangan pada Isnin. Pasaran ditutup pada kerana sambutan peringatan Martin Luther King di USA. Oleh itu pasaran emas ditutup sepanjang waktu dagangan Amerika Syarikat. Pasaran kemudian bersambung pada pagi selasa dengan sedikit kenaikan dan kemudian menurun semula pada tengahari sekitar 1819. Alhamdulillah, dapatlah tutup beberapa dagangan. Sehingga malam ketika pasaran US di buka, dapatlah dalam 93+mata. Pasaran agak seimbang dengan turun dan naik dalam beberapa jam.

Pada keetika ini pasaran emas sedang menaik semula selepas turun di bawah 1807 mata pada sebelah petang. Pada penghujung hsri dagangan Asia, harga emas masih berlegar sekita 1816 dollar per aun. Harap ianya naiklah, boleh aku tutup posisi bahagian atas. Err..Atas bawah kau floating. Jangan cara saya ye, ianya Cuma valid jika anda ada dalam USD3000. Jika modal anda rendah daripada itu, jangan cuba-cuba buka posisi dagangan atas dan bawah dengan kesilapan seperti membeli diharga pucuk ataupun menjual pada harga rendah. Haha.

Masa saya bekerja di sebuah syarikat broker dahulu, bos tak tanya pun kau buka jual ataupun beli. Rugi ke untung , kekadang dia tak ambil kesah sangat. Cuma 1 dagangan yang ditutup dia akan beri dalam RM250. Sekarang saya tidak tahulah, masih ada lagike broker yang beri upah sebegitu. Pada awal tahun 2000 dahulu, memang tumbuh bagai cendawan selepas hujan syarikat komoditi. Ramai juga para graduan yang join syarikat ni, tetapi tidak semuanya bertahan kerana siapa yang biasa gaji ikut upah sekali dagangan sahaja yang berani menghadapinya. Mana yang tak sanggup akan cari kerja lainlah. Termasuklah saya yang kembali bekerja di syarikat lama saya itu semula. Hihi.

Selepas hampir 11 tahun meninggalkan dunia trading, akhirnya semasa PKP dalam tahun 2021 baharulah saya mula menceburi semula dunia trading ini. Ok! Begitulah ceritanya, ni masalahnya kalau asyik keluar iklan dekat FB. Huhu. Oh ye, berkenaan trading pada selasa. Alhamdulillah, dapatlah dalam 109+ mata. Harap dapatlah menutup semua dagangan pada minggu ini tanpa floating. Mudah-mudahanlah. Banyak pula kerja yang perlukan kos pada minggu ini. Mana nak cekau duit. Huhu. Harap dapatlah sedikit modal untuk makan dan modal kerja. Oklah. Melihat dagangan hari ini, nampak ianya masih lagi berlegar sekitar 1814-1815 dollar per aun. Samada ianya menaik atau menurun, kita lihat sajalah nanti. Sekian. Wassalam.

Dagangan yang sedikit huru-hara dan data pekerjaan UK

Assalamualaikum, Hi semua. Maaf sebab lama tak menulis, kebetulan ada kenduri sebelah sepupu isteri sabtu lepas. Jadi kami sekeluarga pulang ke Taiping dan jumaatnya ke Sungai Petani. Semalam barulah dapat tengok posisi trade.

Walaupun ada sedikit huru-hara, dagangan agak perlahan. Minggu ini mungkin rancak sebelum cuti krismas. Jadi pedagang agak berhati-hati selepas pasaran yang baru nak pulih dari kejatuhan. Hari ini baru nak bergerak, membaca berita bagai. Antara berita yang hangat sekarang adalah data terbaru pekerjaan UK yang menunjukkan bacaan positif pada November. Kadar pengangguran menunjukkan penurunan 1% daripada 4.6%. Cuma pelabur agak bimbang dengan perkembangan varian omicron yang semakin merebak. Ianya menyebabkan nilai pound turun disekitar 1.32000 berbanding dollar Amerika.

Emas pula menurun kepada 1790+- yang mana semalam turun ke 1788+- . Harap ianya meningkatlah, emm..faham-faham sahajalah ye. Hehe.

 

Kelmarin kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda lembah Klang. Berita setakat ini telah menyatakan korban sebanyak 8 orang akibat terperangkap dan lemas. Al-fatihah buat mereka yang beragama islam dan takziah buat keluarga mangsa. Kami cuma dapat berita dari kawan-kawan dan FB sahaja. Ada di antara mereka yang rumahnya dimasuki air sehingga paras 2meter dan lebih. Perabot mereka semuanya rosak.

Mereka tak sempat nak selamatkan kecuali nyawa dan dokumen sahaja. Ada yang berlapar di tengah jalan akibat sangkut kerana jalan ke rumah dinaiki air. Ada yang terpaksa bermalam di dalam pusat membeli-belah di sebabkan air naik mendadak ketika mereka membeli barangan keperluan. Maka kita doakan agar segala kesulitan yang mereka hadapi dipermudahkan oleh-Nya.

Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, mungkin juga kita pun ada benda yang salah. Mungkin kita dihanyutkan dengan kelalaian dunia, atau ada pihak yang terlambat nak siapkan kerja. Mungkin juga itu, mungkin juga ini. Jadi bersabarlah, semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan kita diberikan jalan untuk kembali kepada-Nya. Sekian.

 

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

 

Saham Lucid dan Grab jatuh serta peluang buat anda

Lucid dan Grab
Sebelum ini saya pernah menceritakan tentang Lucid Motor, iaitu sebuah firma pengeluaran kereta elektrik (EV). Lucid membangunkan kereta elektriknya hanya beberapa tahun Tesla ditubuhkan. Jurutera Tesla telah keluar dan menubuhkan Lucid Motor dengan membangunkan bateri yang lebih berkuasa.

Kelebihan ini menjadikan Lucid antara EV yang terpantas pada masa kini. Kilangnya yang terkini yang dibuka awal tahun ini dapat mengeluarkan model Lucid dengan lebih pantas.

Begitulah serba sedikit berkenaan latar belakang Lucid Motor.
Terkini Lucid sudah pun tersenarai di Nasdaq dan kini mengalami kesan kejatuhan akibat ketidakyakinan pelabur. Sahamnya turun dari 55.55 sehingga ke paras 35.79 mata.

Kebetulan krisis inflasi dan kewangan US beberapa minggu ini, maka harga saham-saham turun dengan mendadak akibat kebimbangan pelabur. Begitu juga saham Grab Holdings, harganya jatuh 18.11 kepada paras terendah 6.84 mata. Harganya sekarang cuma 7.22mata.

Sedikit latar belakang Grab. Grab merupakan sebuah syarikat startup Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai MYteksi. Ianya menguruskan perkhidmatan teksi dalam talian. Dalam beberapa tahun ianya telah memindahkan ibupejabatnya dari Malaysia ke Singapura dan menukar namanya kepada Grab dan jenamanya ditukar kepada Grabcar.

GrabFood has replaced Uber Eats, offering more than 300 restaurants through its service in Klang Valley. – picture by Grab Malaysia

 

Hanya kurang dari sepuluh tahun, Grab berkembang ke merata negara dan kini ianya telah pun berjaya disenaraikan di Nasdaq. Grab juga membuka perkhidmatan penghantaran makanan dan juga barangan. Nilai kapitalnya kini mencecah 28billion dollar.

Ingin berdagang di Nasdaq. Klik di sini untuk daftar.

Kebimbangan terhadap omicron menjunamkan pasaran indeks

Pada pagi bulan yang baru ini, Powell memberi penerangan tentang arah dan hala tuju pasaran. Walaupun pasaran semakin pulih, namun kebimbangan pelabur terhadap varian terbaru iaitu omicron lebih berupaya menjunamkan pasaran indeks Dow Jones, Nasdaq dan S&P.

Dollar yang baru sahaja mahu melonjak ke mata yang lebih tinggi tetapi akibat kebimbangan tersebut, ianya tidak dapat meneruskan kenaikan yang melegakan. Indeks Dow Jones menjunam 461.68 mata, Nasdaq pula turun 283.4 mata yang menggambarkan pembukaan bulanan yang agak menakutkan.

Selain inflasi yang melanda selepas pemberian vaksin secara besar-besaran, berita yang agak mengejutkan dikeluarkan oleh pengeluar bahawa vaksin sedia ada tidak dapat mencegah penularan omicron. Pasaran emas (gold) pula turun sedikit pada masa artikel ini ditulis. Peluang bagi anda untuk memiliki gold bar dengan lebih murah. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Buka akaun dengan Saracen Markets

Evergrande buatkan pelabur lari?

Evergrande merupakan tycoon pelaburan hartanah terbesar di negara China. Evergrande banyak melabur di saham-saham utama dunia seperti Apple. Pada tahun ini Evergrande telah memberi kenyataan bahawa hutang mereka mencecah 300 billion dollar. Walaupun syarikat ini mempunyai nilai lebih daripada trillion dollar, namun banyak projek pelaburan mereka tidak mendatangkan keuntungan yang menyebabkan hutang tidak dapat dibayar secara normal.

Oleh yang demikian ianya membuat para pelabur berasa bimbang dan ramai yang menarik semula pelaburan mereka dari Evergrande. Ianya menyebabkan saham mereka jatuh dan menjadi masalah kepada Evergrande untuk terus menjana keuntungan. Kesannya menyebabkan saham-saham di Amerika dan seluruh dunia jatuh.

Indeks Utama US Market semalam dan suasana merah pada saham-saham terpilih.

Semalam indeks Dow Jones dan Nasdaq, jatuh dengan banyak. Ianya menyebabkan suasana merah hampir 95% saham utama. Kesan ini telah menyebabkan indeks di Bursa Malaysia juga jatuh teruk. Harapnya kita semua berhati-hati sehingga awal tahun hadapan. Ianya bukan sahaja berkaitan isu ini, tetapi juga disebabkan oleh laporan-laporan tahunan berkaitan syarikat yang disenaraikan. Al-maklumlah tahun 2021 ini adalah antara tahun yang sangat mencabar dengan kenaikan harga barangan akibat ketidakcukupan barang-barang.

Bursa Malaysia 26 Nov 2021

 


X