Category Archive : Pemasaran

Kebimbangan terhadap omicron menjunamkan pasaran indeks

Pada pagi bulan yang baru ini, Powell memberi penerangan tentang arah dan hala tuju pasaran. Walaupun pasaran semakin pulih, namun kebimbangan pelabur terhadap varian terbaru iaitu omicron lebih berupaya menjunamkan pasaran indeks Dow Jones, Nasdaq dan S&P.

Dollar yang baru sahaja mahu melonjak ke mata yang lebih tinggi tetapi akibat kebimbangan tersebut, ianya tidak dapat meneruskan kenaikan yang melegakan. Indeks Dow Jones menjunam 461.68 mata, Nasdaq pula turun 283.4 mata yang menggambarkan pembukaan bulanan yang agak menakutkan.

Selain inflasi yang melanda selepas pemberian vaksin secara besar-besaran, berita yang agak mengejutkan dikeluarkan oleh pengeluar bahawa vaksin sedia ada tidak dapat mencegah penularan omicron. Pasaran emas (gold) pula turun sedikit pada masa artikel ini ditulis. Peluang bagi anda untuk memiliki gold bar dengan lebih murah. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Buka akaun dengan Saracen Markets

Cyber Monday 2021

Setiap tahun akan diadakan jualan diskaun untuk barangan di USA, malahan serata dunia. Jualan adalah bersempena hari krismas yang bakal tiba pada bulan disember. Bagi tahun ini ianya telah diadakan pada jumaat lepas 26 November 2021 yang lebih dikenali sebagai Black Friday. Manakala jualan diskaun untuk jualan atas talian pula akan diadakan pada esok 29 November 2021 yang lebih dikenali sebagai Cyber Monday. 

Pelbagai barangan dijualan dengan harga terendah sekitar 20% diskaun ke atas. Ada di antara barangan yang dijual sehingga 40% diskaun. Kebiasaan ianya untuk penghabisan stok bagi tahun tersebut. Tetapi persoalannya, bagaimana ianya bermula?

Cyber Monday ini telah bermula pada 28 November 2005 lagi dan dikelolakan oleh 2 orang iaitu Ellen Davis of the National Retail Federation dan Scott Silverman dari Amerika Syarikat. Jangan terkejut jualan Cyber Monday  yang tertinggi adalah pada 2020 iaitu sebanyak USD$ 10.7 billion.

Setiap kali diadakan Black Friday, pasti ramai yang berpusu-pusu berebut membelinya. Begitu juga dengan jualan Cyber Monday.  Harap masa covid-19 kali ni tiadalah terjadi kes himpit-menghimpit berlaku seperti 2019 dan tahun sebelumnya. Kalau tidak tentu letih pihak berkuasa menghitung jumlah kes positif. Apalagi di kala varian baru dari Afrika telah dikesan yang menyatakan bahawa ianya 2 kali ganda lebih bahaya daripada varian delta sebelum ini. Semoga terhapuslah covid-19 ni. Penat weh kalau kilang tutup, susah mahu printing design. Hehe.

 

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi. Klik di sini untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.


X