Harga menampakkan sedikit kenaikan dan aku kena kuarantin.

Harga menampakkan sedikit kenaikan dan aku kena kuarantin.

Harga menampakkan sedikit kenaikan dan aku kena kuarantin.

Assalamualaikum, Dah lama aku tak menulis, sebabnya isteri aku disahkan positif covid-19. Emm.. Maka aktiviti menulis aku sudah hilang fokus. Walaupun aku tetap berdagang emas. Kesemuanya untuk memangkas jumlah floating yang agak besar. Dan aku terpaku disebabkan memasang belian pada 1830+. Adeh! Tapi takpalah, sebab aku buat jualan sell sebelum sauk belian dari bawah 1800 ke atas beberapa kali. Alhamdulillah.

Cumanya aku jadi malas sikit disebabkan tidak bergerak ke mana-mana disebabkan kuarantin. Bukan senang nak jaga mereka yang terkena covid-19 ni. Kalau demam biasa kira ok lagilah. Tapi covid-19 ni agak leceh sikit nak jaga kebersihan tempat makanan pakaian. Macam kau servis kat hospitallah. Huhu Tapi takpalah, dapatlah juga pengalaman jaga orang sakit covid-19 ni. Jadi next time kita dah tahu apa nak buat kalau kena. Nasib baiklah aku hari sabtu 29hb tu pergi ambil vaksin. Kalau tidak aku teruk jugalah kena. Isteri aku pula tak sempat ambil dos penggalak disebabkan bertembung dengan temujanji di hospital pada tarikh tersebut.

Hari ni isnin, sekali lagi aku bawa isteri aku ke CAC Sungai Buloh untuk buat pemeriksaan semula. Pagi tadi aku melihat harga emas naik sedikit dan dapatlah sedikit profit. Harga kemudian mula turun semula ke aras 1809 dan sebelum itu aku sudah memaku sekitar 1810-1812+. Selasa merupakan hari yang agak mengelirukan dengan kenaikan emas ke paras yang tertinggi selepas turun sebanyak 2 kali pada minggu yang lalu. Harga emas 1828 pada kali ini. Ianya boleh dikatakan agak lumayan bagi mereka yang memaku belian (buy) semalam.

Hari Rabu adalah hari yang agak perlahan, kerana para pedagang berhati-hati dalam menunggu kadar faedah yang dijangka diumumkan pada khamis. Jadi pasaran agak suram dan turun ke paras 1797 dan membuat kejutan turun ke paras 1794+. Namun ianya kembali mendaki sehingga mencucuk 1803 serta meningkat ke aras tertinggi 1810 dan menjunam ke 1804.90 dan ditutup selesa 1806.40 pada akhir sessi New York. Hari khamis pasaran agak aktif, di mana ianya turun ke paras terendah 1788.97 sebelum mendaki semula ke 1841+ . Walaupun ditutup sedikit rendah daripada 1841, namun hari jumaat merupakan hari yang membuatkan pasaran emas naik ke aras 1865.30 dan ditutup pada 1860.89. Ianya berikutan berita diluar jangka yang menyebabkan dollar menyusut dengan agak banyak yang menyebabkan pasaran emas meningkat lebih lagi. Selain daripada itu ada ura-ura yang Vladamir Putin telah mengarahkan askar-askar Rusia ke sempadan Ukraine.

Russia-Ukraine conflict highlights: American official in Moscow expelled; Russia attack on Ukraine imminent, says US

Hari Isnin telah diadakan menyuarat tergempar yang menyebabkan harga emas menyusut sedikit dan meneruskan kenaikan sehingga 1873.92 dan ditutup pada 1870.71. Selasa 15hb. Februari 2022 menyaksikan para pelabur mengambil keuntungan dengan mambuat jualan sehingga harga menyusut ke aras 1844.26 dan ditutup pada 1853.28. Rabu kebiasaan adalah hari berita (news day) buat pasaran terbuka. Pasaran dibuka rendah dan kemudian meningkat semula ke 1872.31 dan ditutup pada 1869.31. Ianya adalah gara-gara Vladamir Putin telah mengarahkan askar-askarnya pulang semula ke pengkalan mereka selepas menjalani latihan ketenteraan di sempadan Ukraine.

Namun hari khamis tersebar khabar angin yang tentera Ukraine telah melancarkan serangan terhadap tentera Rusia. Ianya menyebabkan kenaikan ke paras tertinggi pada tahun ini iaitu mencapai harga 1900.97 dollar per auns. Malangnya pada jumaat harga mencapai kenaikan sehingga 1902.17 sebelum ditutup pada 1897.84 yang menyaksikan penurunan sehingga 1886.34.

Perkembangan ini disebabkan berita yang pihak Amerika Syarikat telah mengarahkan tentera mereka ke Ukraine bagi mengawal ketegangan. Adakah perang akan bermula setelah sekian lama kita tidak menyaksikan peperangan antara pihak Rusia dan Amerika Syarikat? Ianya akan terjawab juag satu hari nanti. Aku? Aku masih seperti dahulu, minum secawan kopi di kedai Nasi Ahmad ni. Sekian..


Nak Berjaya Selesaikan Semua Hutang Dengan Pantas & Tambah Positive Cashflow?
Buku Ini Akan Bantu Anda Strukturkan Semula Kewangan Tidak Kira Apapun Situasinya. Dapatkannya SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*


X