Memaku pada hari terakhir 2021 dan Selamat tahun baru 2022

Memaku pada hari terakhir 2021 dan Selamat tahun baru 2022

Hujan lagi hujung minggu ni, gold naik lagi. Hari ni jumaat, macam biasa aku trade gold sahajalah. Malas nak pening kepala dengan EUR/GBP yang jatuh teruk. Huhu. Aku rugi dekat USD5, teruk betul penangan varian omicron ni. Apalah nasib rakan-rakan di luar negara, ada yang khabarnya nak tutup balik sempadan negara. Eropah paling terkesan, UK pun teruk juga. Harap Malaysia tak seteruk itu, tapi tu r. Angkanya sudah mula mendaki ke 4k.

Harap-harap pulangan gold aku kali ni lebih lagi dari minggu lepas. Kalau dapat atas USD50 ok juga. Terpaksalah kumpul-kumpul sikit-sikit. Apa boleh buat modal kecil sahaja. Tapi takpa lah, hati lebih tenteram daripada ada hutang keliling pinggang. Huhu. Cuma sebutharga aku sempat hantar lagi. Terasa sibuk pula dengan design bunting ni. Adalah 2 helai sahajapun. Alhamdulillah.

Hari tu pun aku terpaksa update web kerana invoice sistem aku down sebab website terlalu banyak benda yang tak berkenaan. Huhu. Al-maklumlah, bila sesuatu web akan dibina, biasanya aku up yang dummy punya dulu dekat website aku. Kemudian baharulah aku buat baru dekat client punya domain. Kalau tidak jadi carca marbalah web tu. Huhu. Sejak 2 tahun covid 19 ni, aku dah tak ada web baru untuk client. Asyik update dan selenggara yang lama sahaja. Itupun ada yang liat nak bayar. Haha. Biasalah ramai jatuh kali ni. Ini datang banjir pula.

 

Sekarang tengah menaip ni pun hujan turun renyai-renyai. Nampak gaya, kena bersedia segala kemungkinan. Kelantan dan Terengganupun dah mula banjir. Cuma mereka dah biasa dengan banjir, Selangor ni tak semua biasa laluinya. Jadi mereka agak lambat lari ke pusat permindahan sampai ada yang mati akibat lemas.

Banjir Kilat di Ladang Alam Warisan

Pagi ni hari sabtu aku mendapat khabar berita yang Ladang Alam Warisan di Kuala Pilah mengalami banjir kilat yang agak teruk. Apa nak jadilah dengan alam ini. Banjir, ribut, taufan dan gempa bumi itu adalah fenomena yang biasa bagi negara-negara Asean sekarang. Apabila kerakusan manusia menjarah hutan, maka terjadilah banjir lumpur dengan hanyutan kayu balak.

Teringat aku sewaktu ditemuduga untuk kemasukan universiti lebih 30 tahun yang lalu. Soalan yang ditanya adalah tentang kenapa banjir terjadi atau bagaimana nak memelihara alam sekitar kita. Lebih kuranglah. Aku menerangkan bahawa apabila hutan ditebang maka banjir besar akan terjadi. Nah! Sekarang kita sudah nampak kesannya selepas 30 tahun aku ditemuduga itu. Alasan kerana saliran tersumbat dan sebagainya, sebenarnya memang dangkal. Haha.

Pada satu ketika Sungai Damansara melimpahkan airnya dan telah menenggelamkan Taman TTDI Jaya di Shah Alam dan Kampung Sungai Kayu Ara di Damansara Utama. Kemudian diadakan kolam-kolam takungan banjir disekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Kalau nak cerita banjir kilat ni sebenar biasa terjadi pada akhir 90an dan ke atas dan kerajaan memutuskan membina lebuhraya SMART Tunnel agar dapat mengalihkan air dari Sungai Klang ke Tasik Taman Desa. Namun selepas pembangunan pesat di sekitar Kuala Lumpur, banjir kilat kini terjadi pada akhir tahun 2021.

Tasik Taman Desa

Aku dulu pernahlah kerja dengan syarikat pemetaan, adalah juga tahu tentang pelan Bandaraya Kuala Lumpur ni. Syarikat tu membuat pemetaan data samada dalam bentuk peta lembaran, buku peta dan peta GPS Digital. Lama juga aku kerja dengan mereka, adalah dalam 15 tahun gitu. Kira peta KL ni, dalam kepala aku saja. Sampai kawan-kawan aku memberikan gelaran “Maps Bergerak”. Haha.

Dalam merancang sebuah bandar, kita tidak boleh lari dari menguruskan tentang saliran dan perparitan. Jika tidak beginilah yang terjadi pada hari ini. Mungkin satu ketika nanti sesetengah tempat akan terus tenggelam seperti yang digambarkan oleh saintis global. Err..melencong jauh dah dari bab dagangan ni. Oklah, berkenaan dengan trade aku pada hari jumaat ni. Suasana agak memeranjatkan juga kerana gold telah naik ke 1829 per aun pada penghujung dagangan. Aku yang memaku sell kali agak cuak juga pada lebih 100++. Haha. Tapi tidak mengapalah, sebelum tu aku sudah membuat keuntungan lebih 60mata. Alhamdulillah.

Gold mencapai 1829 per dollar per aun kali ni.

Namun jumlahnya masih agak kecil untuk aku membuat pengeluaran pada jumlah yang agak selesa USD50. Baharulah dapat merasa penatnya membuat dagangan. Haha Hari ini sudah tahun baaru 2022, hanya semesti cuti umum maka tiadalah dagangan emas pada hari ini. Jadi masa untuk berehat. Jadi artikel pada kali ini adalah yang pertama pada tahun 2022. Oklah. Selamat bercuti dan selamat tahun baharu 2022. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


X