Month: January 2022

Pening tengok pasaran gold sekarang, mencanak naik

Pening tengok pasaran gold sekarang, mencanak naik.Assalamualaikum, Hari ni Khamis, aku seperti tidak sedar yang trade kali ini begitu lama. Harap aku dapat tutup dengan harga yang lebih profit. Al-maklumlah KWSP sudah tidak boleh dikeluarkan. Haha. Dagangan hari ini bermula tinggi dengan 1826+. Pasaran emas beberapa kali cuba turun dan naik dalam purata 175+ pips. Harga maksima dalam 1826+- dan turun serendah 1823, yang bagi aku kira sideway sahajalah memanjang.

Aku kira kali ni, terpaksa tunggu sahajalah untuk naik dan turun kembali ke 1800. Tapi agak payah juga dengan berita dari data insflasi Amerika Syarikat yang agak tinggi ni. Pasaran saham masih lagi kemerahan. Jadi walaupun harga dijangka turun sedikit maka aku memaku sell sehingga harga ke 1827. Ada juga yang aku pending order sehingga 1830 dan 1845. Ah! Kalau kena kira rezekilah. Hari jumaat pasaran agak bergerak dengan lebih menaik. Muka aku dah cuak juga dibuatnya. Intraday pula membayangkan kenaikan harga emas dunia. Tapi macam biasalah kalau tak cari sen-sen manakan dapat dollarnya. Haha. Hati kental walaupun dalam ada sedikit kekeliruan.

Hari jumaat macam biasalah semua orang Islam lelaki akan pergi masjid termasuklah aku dan anak aku. Masa tu dah dapat beberapa profit apabila ada sedikit penurunan. Maka sambung pulalah lepas jumaat. Hari sekolah biasanya aku sibuk dengan hantar wife dan anak ke sekolah dan ambil selepas habis waktu sekolah dan kerja. Tengah malam pasaran semakin rancak bergerak menurun. Hati ada sedikit lega, dan dapatlah sedikit profit dan apabila dagangan emas ditutup pagi sabtu. Alhamdulillah dapatlah dalam 105 + mata.

Namun aku masih lagi floating dalam 316+ mata. Takpalah, sambung isnin nanti. Sekarang tengah menaip dekat kedai Restoran Nasi Ahmad Cawangan Sungai Buloh. Nasi Kedahnya boleh tahan sedap juga. Kebiasaannya ianya dibuka bermula jam 9 pagi ke 9.30 malam. Setahu akulah. Err.. selalunya aku pergi siang sahaja. Tapi pernah datang waktu malam dalam pukul 9, tetiba mereka dah kemas-kemas nak tutup kedai. Haha

Alamat Nasi Ahmad dekat Dataran Villa Putra, Sungai Buloh.

Pasaran matawang masih lagi dalam dilema. Samada USD akan naik. Tapi nampaknya harga naik juga sedikit semalam. Kebiasaannya bila USD naik, emas akan jatuh sedikit. Haha. Begitulah helahnya. Cuma aku rugi dalam USD10 lah untuk EUR/GBP minggu ni. Geram asyik tak naik-naik maka macam biasa, tak boleh simpan lama-lama. Kalau tidak tak tradelah aku dekat etoro. Huhu. Pagi ni aku tengok Grab, dan nampaknya ianya jatuh dengan banyak juga tetapi ada nampak sedikit pergerakan. Jadi beli sahajalah, lagipun harga masih mampu milik. Esok-esok kalau dapat claim bolehlah tambah lagi saham. Mudah-mudahan. Doakan sahajalah yang baik-baik untuk aku dan kekawan rakan saham yang lainnya.

Aku berdagang emas ini sebabnya ianya bergerak agak laju. Maka bolehlah berlatih membaca chart. Err..bukan graf ye, chart atau carta. Kerana chart mempunyai data, graf pula tidak. Jika graf kita boleh masukkan angka sahaja tetapi tidak dengan chart yang terdiri dari data-data seperti permintaan dan penawaran (supply and demand) serta reaksi para pelabur terhadap berita daripada pihak berkuasa yang mengawal pasaran terbuka (FOMC). Segala data akan diambil kira oleh setiap pedagang. Ucapan pengerusi Federal Reserve, mesyuarat FOMC, NFP dan juga pelbagai reaksi pengguna serta syarikat-syarikat yang berkepentingan. Itu semuanya kena diteliti oleh setiap pelaburlah dan dengan kata lain kita perlu juga belajar membacanya. Setiap guru atau mentor ada kelebihan masing-masing. Ada mentor yang terbuka dan ada juga yang jenis nak makan sorang je. Nasiblah kita dapat siapa. Untung sabut timbul kalau tidak tenggelam umpama batu. Haha

Oklah hari ni kira aku takda buat apa sangatlah kecuali kerja-kerja rumahtangga sahajalah. Ni pun curi-curi masa. Sambil-sambil aku membaca notifikasi FB dan juga wasap. Kebiasaannya aku terlepas berita juga, terutamanya telegram. Semuanya disebabkan telegram aku penuh giler dengan maklumat pasaran. Alhamdulillah. Dapatlah klu-klu kadang-kadang. Begitulah kehidupan, kita sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Jadilah insan yang memberi manfaat kepada orang lain. Semoga kita semua maju dan berjaya di dunia dan akhirat. Trade..trade juga, solat jangan lupa. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Buka akaun dengan Saracen Markets

Kisah seminggu dagangan emas, ke mana arah pasaran?

Assalamualaikum, Hari ini selasa, macam biasa aku membuat dagangan emas. Alhamdulillah, dapat jugalah profit dengan lebih 200mata. Seperti dijangka, emas jatuh terjun pandelela ke 1800. Dari pagi hingga malam dapatlah lagi dalam 65+ mata. Alhamdulillah. Cuaca diluar hari ini agak panas di tengahari dan hujan lebat turun pada petangnya.

Dagangan menurun sedikit pada rabu, namun ianya mencapai lebih 1829+ nilai tertinggi dan jatuh ke paras 1808+ pada akhir dangangan. Ianya tidak menghairankan di kala setiap hari rabu, para pelabur menunggu-nunggu berita dari Federal Reserve. Khamis pula menyaksikan dagangan menurun sehingga 1786.36 dollar per aun. Dan hari ini jumaat menyaksikan sedikit kenaikan namun dagangan masih belum berakhir. Pagi ni kita kayuh perlahan-lahan. Semoga pasaran kembail membuat kenaikan.

Bagi pelabur emas fizikal, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mereka menambah gram emas. Selepas 2 jam sessi asia bermula, gold hanya naik sedikit dan turun semula pada 1990. Tiada tanda-tanda kenaikan yang agresif. Hari jumaat ni biasanya pelabur hanya melihat atau lambat untuk memulakan dagangan. Haha. Semalam dapatlah juga dalam 200+ mata. Hari ni pasaran hanya sekadar berlegar disekitar 1790+-. Aku pula floating banyak juga, namun dapatlah mengambil profit dengan sedikit kenaikan dan penurunan. Oklah, pada akhir dagangan dapatlah dalam 70+- mata.Takpa, isnin nanti kita sambung lagi. Mudah-mudahan profit lebih lagilah.

NFT sebuah fenomena dunia crypto

Minggu ini ada berita yang agak baik, pihak intraday ada buka sebuah group telegram berkenaan NFT. NFT sekarang sudah jadi trend selain daripada trade kripto. Ianya adalah cara ketiga atau keempat untuk mendapatkan kripto dengan mudah. Aku pula masih baru lagi dalam penjualan aset NFT ni. Ada NFT yang tidak masuk dek akal telah dijual melebihi sejuta dollar. Wow! Namun bukan senang sebenarnya nak menjual aset NFT ni. Tapi kalau dapat, ianya akan menjadi satu kegilaan dikalangan penggiat kreatif. Namun ada juga yang tidak boleh dibayangkan kenapa nilainya terlalu tinggi. Ianya bermula apabila nilai Etherium naik mendadak berbanding nilai dollar. Ada juga disebabkan ianya adalah satu legenda yang mana ianya adalah karya yang terawal dijual. Contohnya Crypto Punk.

Crypto Punk, antara NFT yang terawal dihasilkan

Hari ni dah rabu balik dah selepas seminggu aku tak buat posting. Semuanya disebabkan tiada semangat dengan badan yang tidak berapa sihat. Almaklumlah bila sudah berumur ni, badan akan rasa sakit-sakit bila kau berdagang lewat. Biasalah kalau nak berdagang ni kena waktu Amerika. Mereka pukul 8 pagi, kita sudah pukul 9 malam. Lebih kuranglah. Kena pula sekarang tengah musim sejuk, jadi waktu masuk pasaran adalah pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia. Nasib baiklah emas didagangkan dari pagi sampai tengah malam. Cuma sakit jugalah kalau floating lama-lama. Haha.

Banyak kau floating.

Hari ni agak perlahan pergerakan, sebelum waktu Eropah pada sebelah petang. Semalam selasa (11 Januari 2022) gold naik tinggi ke 1822+. Aku kira emas Cuma naik 1812 sahaja. Jadi tidurlah dulu dan membiarkan pasaran membelah malam. Bila bangun pagi semua sell limit aku semuanya kena. Pagi ini pasaran turun sedikit dalam 6 mata (mata di sini bermaksud dollar per aun). Jadi kita berdoa sahajalah agar kita dapat membuat sedikit keuntungan dan dapat mengeluarkan sedikit untuk kegunaan harian. Kira semua profit saya sekarang sudah dikira untung sebab sudah pulang modal. Alhamdulillah. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Gold dijangka menurun sebelum membuat kenaikan ke 1840+

Hari ini Ahad pertama tahun baru 2022. Tiada dagangan hari ini untuk gold, kecualilah jika anda trade matawang kripto. Maka hari ini adalah masa yang sesuai untuk melihat arah pasaran. Jika minggu lepas gold naik mendaki ke 1829, mungkinkah ianya akan terus mendaki atau terjun pandelela semula. Haha.

Istilah yang paling aku dan para pedagang di Malaysia guna iaitu terjun “Pandelela” bersempena Pandelela Rinong seorang penerjun papan anjal yang berasal dari Sarawak. Jika kita melihat pasaran indeks, kesemuanya terjun dengan banyak menjelang tahun baharu 2022. Mesti ramai yang bersemangat untuk berjuang membuat dagangan pada hari isnin pertama 2022 esok. Haha. Selain gold aku juga ada membeli saham.

Harap-harap esok ianya naik sedikit lagilah. Jika ada modal kemungkinan aku akan terus menambah unitnya. Kebimbangan pelabur sekarang adalah tertumpu pada penularan varian omicron. Nampaknya kita kemungkinan menghadapi gelombang yang baharu ini dalam bulan hadapan. Penutupan visa umrah pada 7hb. Januari depan merupakan satu petanda, negara akan mengalami impaks yang agak mencabar kali ini dengan masalah banjir lagi. Ekonomi pasti akan bertambah perlahan lagi.

Bayangkan ramai keluarga yang kehilangan harta benda, malahan ada yang hilang terus teempat tinggal mereka akibat dihanyutkan arus yang sangat deras berserta hentaman kayu balak yang besar. Adeh! Hancur luluh bila mereka melihat kejadian banjir kali ini. Tak terkata apalah, walaupun kena redha dengan ketentuan Allah namun untuk bangun semula akan mengambil masa yang agak lama juga. Pelan jangkamasa panjang perlu dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang banjir.

 

Aku tidak mahulah menyebut pasal penebangan hutan. Itupun satu hal juga. Perkaranya agak sensitif sikit, jadi tidak perlu aku beritahu kerana tiada bukti selain kenyataan yang menyatakan tiada pembalakan dilapangan. Biarkan sahajalah kita meneruskan hidup seperti biasa, tapi jangan lupa tuntut semula gantirugi jika terbukti pihak berkenaan itu bersalah. Err. Setakat ini tiada lagi dakwaan dan laporan kerana masing-masing sibuk dengan mencuci lumpur dan mengemas rumah. Harap-harap semuanya dipermudahkanlah. Rakyat Malaysia ni adalah rakyat yang prihatin. Kerjasama antara individu dan kumpulan NGO menjadikan kita lebih kuat. Harapan aku, semua masalah kekecewaan kita masa lalu akan berubah kepada ikatan silaturrahim yang berpanjangan.

Sambungan… Pagi ni hari isnin aku dapat berita bahawa parlimen Afrika Selatan di Cape Town terbakar. Emm..nasib baiklah tiada yang cedera. Kebakaran yang berlaku di tingkat 3 dan jurucakap mengatakan bahawa kemungkinan tingkat ini akan berisiko runtuh akibat kebakaran.

Untuk pasaran emas, dijangkakan ianya akan meningkat lagi ke 1840+ selepas ianya turun sedikit pada rintangan 1817.69. Jadi terpaksalah cover sedikit profit nak bagi margin selamat. Mudah-mudahanlah. Pembukaan pagi ni harga gold meningkat sedikit kepada 1830.55 dan kemudian sedang membuat penurunan. Apapun arahnya kita berserahlah sahaja kepada Allah, analisa teknikal ini hanya sebagai panduan sahaja. Sekian.

Memaku pada hari terakhir 2021 dan Selamat tahun baru 2022

Hujan lagi hujung minggu ni, gold naik lagi. Hari ni jumaat, macam biasa aku trade gold sahajalah. Malas nak pening kepala dengan EUR/GBP yang jatuh teruk. Huhu. Aku rugi dekat USD5, teruk betul penangan varian omicron ni. Apalah nasib rakan-rakan di luar negara, ada yang khabarnya nak tutup balik sempadan negara. Eropah paling terkesan, UK pun teruk juga. Harap Malaysia tak seteruk itu, tapi tu r. Angkanya sudah mula mendaki ke 4k.

Harap-harap pulangan gold aku kali ni lebih lagi dari minggu lepas. Kalau dapat atas USD50 ok juga. Terpaksalah kumpul-kumpul sikit-sikit. Apa boleh buat modal kecil sahaja. Tapi takpa lah, hati lebih tenteram daripada ada hutang keliling pinggang. Huhu. Cuma sebutharga aku sempat hantar lagi. Terasa sibuk pula dengan design bunting ni. Adalah 2 helai sahajapun. Alhamdulillah.

Hari tu pun aku terpaksa update web kerana invoice sistem aku down sebab website terlalu banyak benda yang tak berkenaan. Huhu. Al-maklumlah, bila sesuatu web akan dibina, biasanya aku up yang dummy punya dulu dekat website aku. Kemudian baharulah aku buat baru dekat client punya domain. Kalau tidak jadi carca marbalah web tu. Huhu. Sejak 2 tahun covid 19 ni, aku dah tak ada web baru untuk client. Asyik update dan selenggara yang lama sahaja. Itupun ada yang liat nak bayar. Haha. Biasalah ramai jatuh kali ni. Ini datang banjir pula.

 

Sekarang tengah menaip ni pun hujan turun renyai-renyai. Nampak gaya, kena bersedia segala kemungkinan. Kelantan dan Terengganupun dah mula banjir. Cuma mereka dah biasa dengan banjir, Selangor ni tak semua biasa laluinya. Jadi mereka agak lambat lari ke pusat permindahan sampai ada yang mati akibat lemas.

Banjir Kilat di Ladang Alam Warisan

Pagi ni hari sabtu aku mendapat khabar berita yang Ladang Alam Warisan di Kuala Pilah mengalami banjir kilat yang agak teruk. Apa nak jadilah dengan alam ini. Banjir, ribut, taufan dan gempa bumi itu adalah fenomena yang biasa bagi negara-negara Asean sekarang. Apabila kerakusan manusia menjarah hutan, maka terjadilah banjir lumpur dengan hanyutan kayu balak.

Teringat aku sewaktu ditemuduga untuk kemasukan universiti lebih 30 tahun yang lalu. Soalan yang ditanya adalah tentang kenapa banjir terjadi atau bagaimana nak memelihara alam sekitar kita. Lebih kuranglah. Aku menerangkan bahawa apabila hutan ditebang maka banjir besar akan terjadi. Nah! Sekarang kita sudah nampak kesannya selepas 30 tahun aku ditemuduga itu. Alasan kerana saliran tersumbat dan sebagainya, sebenarnya memang dangkal. Haha.

Pada satu ketika Sungai Damansara melimpahkan airnya dan telah menenggelamkan Taman TTDI Jaya di Shah Alam dan Kampung Sungai Kayu Ara di Damansara Utama. Kemudian diadakan kolam-kolam takungan banjir disekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Kalau nak cerita banjir kilat ni sebenar biasa terjadi pada akhir 90an dan ke atas dan kerajaan memutuskan membina lebuhraya SMART Tunnel agar dapat mengalihkan air dari Sungai Klang ke Tasik Taman Desa. Namun selepas pembangunan pesat di sekitar Kuala Lumpur, banjir kilat kini terjadi pada akhir tahun 2021.

Tasik Taman Desa

Aku dulu pernahlah kerja dengan syarikat pemetaan, adalah juga tahu tentang pelan Bandaraya Kuala Lumpur ni. Syarikat tu membuat pemetaan data samada dalam bentuk peta lembaran, buku peta dan peta GPS Digital. Lama juga aku kerja dengan mereka, adalah dalam 15 tahun gitu. Kira peta KL ni, dalam kepala aku saja. Sampai kawan-kawan aku memberikan gelaran “Maps Bergerak”. Haha.

Dalam merancang sebuah bandar, kita tidak boleh lari dari menguruskan tentang saliran dan perparitan. Jika tidak beginilah yang terjadi pada hari ini. Mungkin satu ketika nanti sesetengah tempat akan terus tenggelam seperti yang digambarkan oleh saintis global. Err..melencong jauh dah dari bab dagangan ni. Oklah, berkenaan dengan trade aku pada hari jumaat ni. Suasana agak memeranjatkan juga kerana gold telah naik ke 1829 per aun pada penghujung dagangan. Aku yang memaku sell kali agak cuak juga pada lebih 100++. Haha. Tapi tidak mengapalah, sebelum tu aku sudah membuat keuntungan lebih 60mata. Alhamdulillah.

Gold mencapai 1829 per dollar per aun kali ni.

Namun jumlahnya masih agak kecil untuk aku membuat pengeluaran pada jumlah yang agak selesa USD50. Baharulah dapat merasa penatnya membuat dagangan. Haha Hari ini sudah tahun baaru 2022, hanya semesti cuti umum maka tiadalah dagangan emas pada hari ini. Jadi masa untuk berehat. Jadi artikel pada kali ini adalah yang pertama pada tahun 2022. Oklah. Selamat bercuti dan selamat tahun baharu 2022. Sekian.


X