Month: December 2021

Emas bergerak agak perlahan minggu ni

Assalamualaikum,
Hari ni pergi ke Sungai Buloh Mall, aku rasa bosanlah pula sambil menunggu isteri dan anak membeli baju kurung. Jadi aku mula menulis lagi. Hehe.

Sedang menulis tetiba mereka dah selesai. Baru satu baris je. Ok r, ni sambung semula dekat dobi layan diri hari Isnin. Pagi ni aku mula buka semula MT4 untuk melihat harga emas di pasaran. Masih perlahan dan tidak agresif, mungkin ramai menghabiskan cuti tahunan sehingga tahun baru 2022.

Akhir tahun ni, ramai yang bersedih disebabkan banjir yang melanda. Salah seorangnya adalah anak buah aku sendiri. Kasihan juga apabila melihat banyak barang-barang yang rosak habis ditenggelami air banjir selama beberapa hari. Hari tu, rakan sekerjanya datang membersihkan rumahnya yang berselut. Ramai juga yang datang. Aku tinggal agak jauh di Sungai Buloh, rumahnya pula terletak di Kg. Bukit Canggang di Banting.

Kereta digenangi air banjir di Taman Sri Muda

Aku mula membelek-belek peta google dan mendapati rumahnya Cuma beberapa ratus meter sahaja daripada Sungai Langat. Patutlah kawasan sana ditenggelami air bah. Hujan terlalu lebat dan lama pada hari Khamis, Jumaat dan berterusan renyai-renyai sehingga hari ahad. Kebanyakan rumah yang banjir adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Sebelum itu Hulu Langat sudahpun banjir teruk pada malamnya. Ramai yang kecoh di Taman Sri Muda Shah Alam, tetapi lambat mendapat berita dari Sungai Lui yang sudah dilanda banjir dengan kederasan air yang begitu laju Banyak rumah telah musnah dilanda banjir.

Kereta yang tersadai selepas banjir di Sungai Lui

 

Apabila banjir sudah surut baharulah nampak kesan yang mana banyak kereta yang tersadai di sana-sini. Habislah. Oklah, aku mula membuka semula MT4, baru perasan harga emas telah mencapai 1811 selepas kenaikan daripada 1808 kelmarin pagi jumaat.

Gold TF 30 , 30/12/2021. Ke mana arahnya nanti?

Err..Pasaran ditutup pagi pagi waktu asia atau petang khamis waktu USA.
Aku membuka Etoro dan membuat pengeluaran selepas lebih 3 bulan berdagang. Tak banyak pun adalah dalam USD40 tetapi selepas ditolak cas perkhidmatan dalam USD5 maka Cuma dapat dalam RM35 sahajalah. Rasa cukuplah untuk duit minyak. Alhamdulillah.

Minggu ini aku belum melihat lagi arah pasaran. Mungkin malam ini baharulah melihat-lihat beberapa signal dan corak carta (Chart Pattern). Kita tunggu sahajalah malam nanti atau pagi esok. Banyak yang bercuti musim sejuk dan krismas sambil menyambut tahun baru. Kita kat Malaysia rasanya tidaklah mnyambutnya dengan gembira.

KMasih banyak kawasan yang akan terlibat dengan banjir sehinggalah bulan Januari. Pahang dilanda banjir yang teruk kali ini terutama di Mentakab dan Temerloh.

Hari ini rabu, pasaran masih lagi perlahan dan harga gold jatuh di bawah 1800. Aku menetapkan posisi buy, tetapi gold jatuh lagi kepada 1792 dollar per aun.

Tapi sempat jugalah aku close sell untuk 3.82. Kira-kira pukul 7.19 malam harga gold naik semula, maka dapatlah close semua buy yang telah dibuat. Alhamdulillah. Pagi ni ada ahli dalam group wasap aku yang memberitahu bahawa ringgit Malaysia meningkat sedikit.

Kebiasaannya memang begitu, apabila gold naik USD akan jatuh sedikit dan membuatkan paring USD dengan matawang lain akan naik sedikit tinggi.
Berita pagi ini mengatakan bahawa negara-negara eropah akan melaksanakan semula sekatan terhadap covid 19. Omicron sudah menular di sana.

Rakan aku dari UK pun kata bahawa selepas tahun baharu ni pun UK akan menguatkuasakan sekatan terhadap covid 19. Ah! Lockdown lagilah jawabnya. Bilalah nak habis ni, dia akan jadi berpusing-pusing tang tu je kata orang utara.

Tahun baharu ni diharapkan ada sinar dan khabar terhadap ubat yang berkesan mencegah covid. Hari itu pun CEO Pfizer sudahpun mengkhabarkan berita tentangnya, tetapi sejak omicron ni menular cerita tentangnya semacam tenggelam. Jengka 25 di Pahang pun sudah dikenakan PKPD minggu ni. Tak tahulah datang dari mana covid 19 ni.

Anak buah aku beritahu bahawa, omicron ni kebanyakannya dikesan dikalangan mereka yang pulang dari umrah. Mungkin ada kebenarannya, sebab Arab Saudi sudah tiada penjarakan fizikal apabila solat.

Zaman sekarang ni, zaman fitnah maka kita akan rasa percaya atau tidak sahaja yang penting kita terpaksa atau dipaksa mengambil suntikan dos penggalak. Adeh! Kena lagi, sampai bilalah nak habisnya. Harap ianya akan semakin berkurang dan kemudian hilang ditelan arus masa. Insyaallah, itu semua akan dihapuskan dengan kekuasaan-Nya. Aku tak boleh bayangkan kesedihan anak-anak yang kehilangan ibubapa mereka akibat covid 19.

Harap kita semua tabah menghadapinya dengan tenang. Mungkin juga kita boleh berdoa agar banjir ni membawa keluar covid 19 ni sekali. Semoga kita semua dapat menempuhnya dengan tenang dan tabah hingga akhirnya. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Gold cuti krismas

Assalamualaikum, Hi apa khabar? Hari ni hari jumaat, pasaran gold bercutilah pula. Broker cuti krismas. Hari Isninlah baru kita sambung trade. Sepanjang 2 hari trade keputusannya dapatlah keputusan yang agak baik.

Walaupun market gold menurun sedikit dan kemudian membuat kenaikan pada akhir trade untuk dagangan khamis (sessi Asia dalam pukul 6 pagi sudah ditutup dagangan. Pasaran saham agak kecewa dengan sedikit kenaikan dan asyik turun dan naik sahaja (sideway). Tiada berita yang berjaya memberi lonjakan.

Saya pun baru dapat momentum selepas beberapa hari diluar kawasan disebabkan hal keluarga. Hari-hari cuma membaca ulasan banjir yang melanda negara. Bermula daripada KL, Banting, Sepang dan Sham Alam serta yang mengejutkan Sungai Lui dan Taman Seri Muda, di Shah Alam yang meragut belasan nyawa. Selain itu Temerloh, Lanchang, Mentakab juga mengalami banjir dan hanya surut pada Sabtu. Ada juga sesetengah kawasan yang masih ditenggelami air banjir.

[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS

Rakyat Malaysia ni istimewa, pada 2014 negeri Kelantan mengalami banjir yang sangat dashyat. Pada masa itu ramai sukarelawan daripada lembah klang datang membantu mereka, jadi pada tahun ini ramai rakyat dari Kelantan datang membantu mereka di Selangor. Ada juga datang dari Melaka, Perak dan Kedah yang datang membawa bot mereka bagi memindahkan mangsa-mangsa banjir di Selangor. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas kerja amal mereka dan memudahkan serta memurahkan rezeki para sukarelawan dan NGO sekelian. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Dagangan yang sedikit huru-hara dan data pekerjaan UK

Assalamualaikum, Hi semua. Maaf sebab lama tak menulis, kebetulan ada kenduri sebelah sepupu isteri sabtu lepas. Jadi kami sekeluarga pulang ke Taiping dan jumaatnya ke Sungai Petani. Semalam barulah dapat tengok posisi trade.

Walaupun ada sedikit huru-hara, dagangan agak perlahan. Minggu ini mungkin rancak sebelum cuti krismas. Jadi pedagang agak berhati-hati selepas pasaran yang baru nak pulih dari kejatuhan. Hari ini baru nak bergerak, membaca berita bagai. Antara berita yang hangat sekarang adalah data terbaru pekerjaan UK yang menunjukkan bacaan positif pada November. Kadar pengangguran menunjukkan penurunan 1% daripada 4.6%. Cuma pelabur agak bimbang dengan perkembangan varian omicron yang semakin merebak. Ianya menyebabkan nilai pound turun disekitar 1.32000 berbanding dollar Amerika.

Emas pula menurun kepada 1790+- yang mana semalam turun ke 1788+- . Harap ianya meningkatlah, emm..faham-faham sahajalah ye. Hehe.

 

Kelmarin kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda lembah Klang. Berita setakat ini telah menyatakan korban sebanyak 8 orang akibat terperangkap dan lemas. Al-fatihah buat mereka yang beragama islam dan takziah buat keluarga mangsa. Kami cuma dapat berita dari kawan-kawan dan FB sahaja. Ada di antara mereka yang rumahnya dimasuki air sehingga paras 2meter dan lebih. Perabot mereka semuanya rosak.

Mereka tak sempat nak selamatkan kecuali nyawa dan dokumen sahaja. Ada yang berlapar di tengah jalan akibat sangkut kerana jalan ke rumah dinaiki air. Ada yang terpaksa bermalam di dalam pusat membeli-belah di sebabkan air naik mendadak ketika mereka membeli barangan keperluan. Maka kita doakan agar segala kesulitan yang mereka hadapi dipermudahkan oleh-Nya.

Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, mungkin juga kita pun ada benda yang salah. Mungkin kita dihanyutkan dengan kelalaian dunia, atau ada pihak yang terlambat nak siapkan kerja. Mungkin juga itu, mungkin juga ini. Jadi bersabarlah, semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan kita diberikan jalan untuk kembali kepada-Nya. Sekian.

 

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

 

Saham Lucid dan Grab jatuh serta peluang buat anda

Lucid dan Grab
Sebelum ini saya pernah menceritakan tentang Lucid Motor, iaitu sebuah firma pengeluaran kereta elektrik (EV). Lucid membangunkan kereta elektriknya hanya beberapa tahun Tesla ditubuhkan. Jurutera Tesla telah keluar dan menubuhkan Lucid Motor dengan membangunkan bateri yang lebih berkuasa.

Kelebihan ini menjadikan Lucid antara EV yang terpantas pada masa kini. Kilangnya yang terkini yang dibuka awal tahun ini dapat mengeluarkan model Lucid dengan lebih pantas.

Begitulah serba sedikit berkenaan latar belakang Lucid Motor.
Terkini Lucid sudah pun tersenarai di Nasdaq dan kini mengalami kesan kejatuhan akibat ketidakyakinan pelabur. Sahamnya turun dari 55.55 sehingga ke paras 35.79 mata.

Kebetulan krisis inflasi dan kewangan US beberapa minggu ini, maka harga saham-saham turun dengan mendadak akibat kebimbangan pelabur. Begitu juga saham Grab Holdings, harganya jatuh 18.11 kepada paras terendah 6.84 mata. Harganya sekarang cuma 7.22mata.

Sedikit latar belakang Grab. Grab merupakan sebuah syarikat startup Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai MYteksi. Ianya menguruskan perkhidmatan teksi dalam talian. Dalam beberapa tahun ianya telah memindahkan ibupejabatnya dari Malaysia ke Singapura dan menukar namanya kepada Grab dan jenamanya ditukar kepada Grabcar.

GrabFood has replaced Uber Eats, offering more than 300 restaurants through its service in Klang Valley. – picture by Grab Malaysia

 

Hanya kurang dari sepuluh tahun, Grab berkembang ke merata negara dan kini ianya telah pun berjaya disenaraikan di Nasdaq. Grab juga membuka perkhidmatan penghantaran makanan dan juga barangan. Nilai kapitalnya kini mencecah 28billion dollar.

Ingin berdagang di Nasdaq. Klik di sini untuk daftar.

Pergerakan emas yang mendebarkan dan data inflasi

Jumaat yang mendebarkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pergerakan gold pada pagi agak perlahan. Pergerakan hanya sekitar 1770-1774 sehinggalah pukul 1 pagi tiba-tiba arah uptrend menjadi agresif. Lega rasanya dapat closed beberapa posisi buy. Alhamdulillah.

Para pelabur masih berhati-hati dalam membaca data inflasi yang dikeluarkan NFP. Pergerakan sudah nampak memecahkan kebuntuan apabila berjaya mencapai HH pada 1789 selepas itu.

Harga dijangka akan melepasi 1800 pada minggu hadapan atau mungkin menurun ke bawah 1760 usd per aun. Jadi bagi anda yang ingin berdagang emas pada minggu hadapan diharap lebih berhati-hati.

Bank-bank utama akan membuat keputusan berkenaan monetari mereka berdasarkan data inflasi yang dikeluarkan oleh NFP. Oleh itu para pelabur harus memahami setiap data yang dikeluarkan tersebut.

Penampakan Cup and Handle Chart Pattern

Secara dasarnya inflasi adalah peningkatan harga barangan dan perkhidmatan serta lambakan wang berlebihan dalam masa tertentu. Maksudnya orang ramai mempunyai kuasa beli yang berlebihan pada ketika itu.

Contohnya sekarang ini, apabila aktiviti ekonomi mula rancak berkembang semula selepas pengurungan akibat covid-19 dan vaksin telah disuntik secara maksima dalam sesebuah negara.

Covid-19 sebelum ini melumpuhkan ekonomi

Emas adalah satu jenis komoditi utama, maka orang ramai mempunyai wang yang banyak dan mampu memilikinya. Namun satu perkara yang ramai tidak tahu bahawa nilai wang fiat akan menurun akibat lambakan wang. Jadi harga emas akan mula meningkat kerana permintaan yang tinggi. Begitulah sebaliknya.

 

Ianya berbeza pada kali ini dimana kebimbangan pelabur terhadap varian omicron yang masih dalam kajian.

Pengumuman daripada pengeluar vaksin seperti Pfizer amatlah dinanti. Jika keyakinan mula meningkat maka aktiviti ekonomi akan berjalan lancar. Sekian.

 

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi. Klik di sini untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.

 

Pergerakan sideway yang membimbangkan

Hari ni dah Khamis rupanya, tadi terhantar hari yang salah pula. Mungkin sebab terlalu kerap berdagang, maka saya jadi tak kenal hari dah. Hehe

Hari ini dagangan agak perlahan, tidak seperti semalam. Dapatlah beberapa profit tanpa TP. Sehingga pukul 6.19 petang ni, masih tinggal 14mata sahaja lagi untuk tutup dagangan.

Market structure terbentuk.

Semestinya buy limit dan sell limit sedang menunggu untuk mengena. Situasi yang tidak menentu di Amerika membuatkan arah pasaran menjadi naik dan turun dalam arah setara (sideway).

Dalam trading, margin level hendaklah dijaga. Begitu juga dengan Free margin. Ianya bagi mengelakkan berlakunya margin call (MC), yang agak menyeramkan. Haha.

Ok. Kita cerita tentang gold semalam. Jangkaan untuk mendaki mungkin akan terserlah selepas penampakan morning star.

Namun untuk melepasi RBS 1780 adalah agak sukar selepas FD tidak menarik minat para pedagang untuk memecahkan kebuntuan melepasi 1790. Zon sokongan yang agak kuat pada 1760 mungkin akan dipecahkan setelah ianya berlegar beberapa kali mencucuk sehingga paras ini beberapa kali.

Sekarangpun aku masih menung bilalah ianya akan terjadi ni. Maka jangkaan tersebut mungkin pada hari ini ataupun pada isnin. Alamak! Sekarang agak banyak belian yang telah dibuat. Harap semuanya mengenalah. FOMC yang akan diadakan pada minggu hadapan, mungkin akan mengubah arah pergerakan.

Bagi anda yang nak membeli emas fizikal, sekaranglah harga yang agak rendah. Kemungkinan akan mencapai paras paling rendah dalam masa 10 minggu. Sekian.

Bagi anda yang ingin menyimpan emas dalam akaun emas digital bolehlah membuka akaun emas percuma di Quantum Metal. Emas anda boleh ditukarkan kepada emas fizikal setelah cukup gram. Anda boleh menyimpan serendah RM10 bagi setiap transaksi. Klik di sini untuk membuka akaun percuma atau anda boleh snap QR code yang tertera di bawah. Sekian, sampai jumpa lagi.

Bila berdagang kau perlu hadap dengan tenang

Emas kini baru menunjukkan penurunan selepas mendaki ke paras 1782+ semalam. Kerisauan menjelang NFP pada esok mungkin membuatkan pedagang membuat jualan (sell) bagi mendapatkan sedikit profit untuk mencapat mata 1778- pada sessi Asia.

Nampaknya saya juga terjerat dengan kenaikan di awal pagi ke paras 1781+-. Adeh! Padan muka saya. Haha. Tidak mengapalah, dia sudah turun ke bawah maka saya beli sahajalah. Sekarang masih floating dalam 37+ mata. Huwaa! Bila tangan kau sudah terasa gian untuk menekan belian mahupun jualan, kau perlu menarik nafas beberapa kali untuk menenangkan keadaan tetapi jangan lupa kawal tahap harganya dalam lingkungan sokongan dan rintangan (SNR) yang besar.

Jangan keluar dari lingkungan tersebut, jika tidak kau akan bermasalah andai ianya melawan arah profit kita. Saya pun mungkin membeli di sokongan dan akan menutup jualan apabila profit melebihi sedikit kerugian. Tiada pilihan sehinggalah kita terpaksa mencari lohong kerugian tersebut. Saya bukanlah guru dalam dagangan ini, sekadar bercerita melalui pengalaman pahit masa lalu.

Cuak kau! Hehe

Hari ini sudah hari rabu, semalam aku berdagang emas dengan agak menggerunkan. Floting lebih daripada 100mata. Perasaan sudah hampir cuak, tapi ku gagahkan jua dengan tenang dan akhirnya ianya profit pada malam hari dan pagi tadi. Perasaan lega juga, sebab semalam tersalah masuk posisi yang tak sepatutnya ditekan. Tersalah tekan atau sengaja mengagak, aku pun tak tahulah.

Pagi ini aku menghantar isteri aku ke pejabatnya di hadapan KLCC. Pagi tadi sudah nampak profit dalam 16mata tapi aku masih tengah memandu. Jadi biarkan sahajalah, bila aku berhenti untuk mengisi minyak di Kota Damansara aku tersalah tekan lagi. Agrh! Rugi 6mata. Haha. Aduhai! Jadi sekarang aku cuma buat profit dalam 13+ mata. Sakit hati juga. Tidak mengapalah, semalam aku masih profit dalam 68mata. Alhamdulillah.

Alhamdulillah

Bila kita berdagang emas di pasaran terbuka, harganya akan sentiasa berubah setiap saat. Tidak seperti kita berjual beli secara fizikal, mungkin akan berubah setiap jam sahaja (pening taukeh emas kalau setiap saat berubah. Haha).

Pagi ini aku tidak nampak arah sebenar harga emas, ianya menurun sedikit sahaja pada sekitar 1783 mata ke 1784. Sekadar sideway orang kata. Penat juga begitu, tapi takpalah aku masih boleh buat profit beberapa mata semasa turun dan naik harganya.

Lamanya sideway

Oklah aku pun dah terlalu panjang menaip ni. Terpaksa monitor harga emas dan melakukan beberapa kerja. Aku ciao dululah. Semoga berjumpa lagi pada lain masa. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Kaya itu matlamat atau hanya simbol?

Hari isnin merupakan hari pertama dalam satu minggu dagangan. Kebiasaannya ianya akan menjadi penentu bagi hari-hari yang seterusnya. Permulaan samada baik atau sebaliknya akan membawa carta ke arah yang lebih signifikan atau sekadar menunggu.

Bagi aku, kebiasaannya hanya menunggu dan lihat pergerakan harga yang semestinya mendebarkan. Walaupun profit merupakan matlamat, namun kemenangan adalah lebih penting sehingga dapat membuat pengeluaran. Tindakan dan halatuju aku kini bolehlah dikatakan lebih kepada mendapatkan modal aku kembali.

Matlamat harus diteruskan sebagai menebusnya. Tidak perlulah aku mencatatkannya di sini. Pengalaman berdagang boleh membuatkan seseorang pedagang itu lebih berjaya atau tidak semesti ilmu itu lebih berharga dari segalanya.

Alhamdulillah

Menang atau kalah nanti bukanlah menjadi penentu kebongkakan atau simbol kekayaan. Ianya lebih kepada zuhud dalam perjuangan. Harapanku mungkin akan tercapai apabila butang buy atau sell ditekan. Kesemuanya akan menggarap sebuah memori terindah.

Signifikasi penurunan yang meruntun perasaan.

Signifikan apa yang berlaku pada minggu lepas adalah disebabkan oleh kebimbangan terhadap varian Omicron. Samada dollar mahupun gold, ini disebabkan oleh kenaikan dollar akan berlawan dengan komoditi emas.

Beberapa minggu ini gold masih lagi dalam penurunan (downtrend), selepas kenaikan ke puncak yang agak mengatasi kenaikan pada ogos. Kenaikan gold masih lagi belum sampai ke puncak yang tertinggi seperti penghujung tahun 2020. Namun tanda-tanda ke arah itu mungkin akan tercapai pada beberapa bulan lagi. Itupun sekiranya dollar membuat penurunan yang akan membuat gold memecah kebuntuan untuk melepasi 2000 usd per aun.

Pada hari terakhir minggu lepas gold mencatatkan penurunun melepasi 1765 dollar per aun. Itupun selepas pasaran dollar mengatasi kebimbangan terhadap varian omicron. Pada minggu hadapan pasaran gold mungkin sekali lagi menghadapi ketidaktentuan menjelang NFP disember.
Pada pedagang pastinya menunggu-nunggu saat perkataan dan kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Jerome Powell. Maka kita pastinya akan sentiasa menunggu berita yang baik mahupun tidak. Ada khabar menyatakan bahawa Omicron telah berjaya merebak ke 38 buah negara sekurang-kurangnya.

Carta gold pada Jumaat 3 Disember 2021

Semestinya ramai yang menunggu isyarat atau signal daripada orang penting tersebut. Ramailah yang akan merujuk kepada sifu-sifu pedagang (sifu traders), dan semestinya waktu dagangan pukul 4 petang akan menampakkan arah pasaran yang mungkin turun dan naik.

Saya sendiri agak cuak apabila gold membuat penurunan melepasi 1765 pada jumaat. Haha. Namun profit kenaikan pada saat akhir telah menyelamatkannya. Boleh 95 mata. Rezeki mungkin tidak salah alamat, namun kita mungkin tersalah anggapan tidak mencapai keuntungan yang sepatutnya.

Setiap pedagang akan memahami kemampuan masing-masing selepas memasuki pasaran berulang kali. Kita tidak akan dapat momentum yang tepat hanya dengan sekali dagangan.
Guru-guru trader seperti CMS, Hanzo, dan sesiapa sahaja semestinya mahukan anak murid yang terbaik atau pilihan setup yang terbaik.

Namun kepercayaan kepada analisa sendiri juga patut diutamakan. Jadi tidaklah anda menyalahkan analisa sendiri nanti selepas arah pasaran betul-betul mengikut analisa yang telah dibuat.

Dalam dagangan, emosi memainkan peranan sehingga 80% selain daripada FA dan TA. Maka anda akan menjadi trader yang bagus. Sabar dan sentiasa praktikkan analisa pasaran setiap minggu. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Buka akaun dengan Saracen Markets

Kebimbangan terhadap omicron menjunamkan pasaran indeks

Pada pagi bulan yang baru ini, Powell memberi penerangan tentang arah dan hala tuju pasaran. Walaupun pasaran semakin pulih, namun kebimbangan pelabur terhadap varian terbaru iaitu omicron lebih berupaya menjunamkan pasaran indeks Dow Jones, Nasdaq dan S&P.

Dollar yang baru sahaja mahu melonjak ke mata yang lebih tinggi tetapi akibat kebimbangan tersebut, ianya tidak dapat meneruskan kenaikan yang melegakan. Indeks Dow Jones menjunam 461.68 mata, Nasdaq pula turun 283.4 mata yang menggambarkan pembukaan bulanan yang agak menakutkan.

Selain inflasi yang melanda selepas pemberian vaksin secara besar-besaran, berita yang agak mengejutkan dikeluarkan oleh pengeluar bahawa vaksin sedia ada tidak dapat mencegah penularan omicron. Pasaran emas (gold) pula turun sedikit pada masa artikel ini ditulis. Peluang bagi anda untuk memiliki gold bar dengan lebih murah. Sekian.

Bagi anda yang ingin membuka akaun trading, bolehlah klik link di bawah. Jika tidak berapa cukup modal, Saracen Market juga menyediakan akaun Cent (USC). Jangan lupa kawal mm (pengurusan wang) anda.

Buka akaun dengan Saracen Markets


X