Selamat Datang ke Blog Santai Pedagang Underground-Gold naik giler hari ni.

Selamat Datang ke Blog Santai Pedagang Underground-Gold naik giler hari ni.

Assalamualaikum, Hai! Nama aku Zulfaka, boleh panggil aku Zul.

Hari ini aku bersemangat nak berdagang emas dalam pasaran antarabangsa. Walaupun ianya cuma akaun demo, namun ianya memberi inspirasi kepada aku tentang perubahan trend dalam masa yang singkat. Ini adalah kerana perdagangan emas dalam dunia CFD adalah agak laju. Mata kena cepat untuk melakukan dagangan, samada kita akan untung atau rugi.

Kebiasaannya pedagang akan meringkaskan bahasanya kepada profit untuk untung serta trade untuk dagangan. Maka dalam blog aku, aku akan selalu gunakan 2 istilah ini berserta pelbagai istilah trade yang lain. Aku bukanlah pakar dalam dunia trade ni tetapi aku pernah menjadi pedagang komoditi lebih kurang 20tahun yang lalu. Masa tu aku trade perak (silver). Tapi masa tu aku trade di pejabat broker.

Aku tak lama trade di sana, kemudian aku cuma mengikutnya secara intaian sahaja. Walaupun aku sangat berminat dengan dunia trader ni. Namun masa tuh tiada lagi Apps seperti sekarang. Aku cuma boleh trade di komputer peribadi sahaja. Jadi terpaksalah balik ketika ramai sedang diulit mimpi indah.

Aku bukan trader tegar, tapi seorang yang masih lagi belajar. Ketiadaan aku dalam dunia trading ni membuatkan otak aku berasa kurang diasah. Namun aku masih lagi membaca benda-benda berkaitan trading ni.

Ok. Hari ini sebenarnya aku nak cerita tentang trade gold semalam. Semalam dollar amerika (USD) turun mendadak berbanding Yen Jepun. Ianya semua gara-gara pengumuman yang dibuat oleh Bank Of Japan berkaitan kemudahan pinjaman. Ianya memberi kesan terhadap pergerakan nilai emas (gold) dalam pasaran.

Pada pembukaan pasaran sedang menaik berikutan pengumuman JB berkenan kelulusan peruntukan kepada rakyat yang terjejas. Namun pada pertengahan dagangan nilai emas menyusut melebihi USD40 membuatkan aku makin pending profit dengan negatif. Haha cuak kau! Tapi takpalah aku layan sahaja dengan membuat banyak jualan dan belian dalam ruang atau range sokongan dan rintangan yang aku sendiri lukis pada MT4. Dah macam jalur bendera Malaysia pula aku tengok. Haha

Gambar di atas adalah trade aku yang belum selesai dengan sell dan buy tapi masih belum tutup (close) lagi. Masak kau kalau ianya pending begitu dalam beberapa hari. Nasib baiklah trade gold ni agak laju juga sekarang.

Hari ini aku bukalah investing dot com, nak tengok index Nasdaq. Ternyata ianya turun lebih 400 mata. Wah! Tersangatlah banyak, kalau Bursa Malaysia memang bukan tandingan. Aku hanya tersenyum memikirkan akaun CDS aku yang masih belum lulus.

Maka dengan itu saham-saham yang ada dalam portfolio aku pun semuanya jadi merah. Sama macam garisan yang aku tanda dalam MT4 gold aku. Haha.

Tapi tu r, semuanya aku pakai akaun virtual dan demo sahaja sebabnya aku belum cukup ilmu lagi. Saya budak baru belajar. Namun kalau nak trade secara real rasanya aku boleh je pergi. Cuma aku belum berani lagi disebabkan masih fobia lagi. Kalau ada rezeki, aku akan trade kemudian.

Sebelum ni aku ada trade matawang kripto tapi tak banyaklah. Adalah sedikit untung setakat balik modal. Kalau rasa nak labur setakat RM250 boleh saja klik link di bawah ni. Ianya semudah ABC sahaja. Oklah aku pun dah nak cari makanan ni. Lapar pula rasanya. Nanti jangan lupa ikuti blog Trader Underground ni. Kalau rasa nak beli barang boleh sahaja lawati dekat menu atas ni. Semoga berjumpa lagi. Peace! K. Caiyo!

KLIK DI SINI UNTUK TRADE KRIPTO

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


X