Selamat Datang ke Unicrest Design Studio

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun ini sudah 2024, namun semangat saya mahu menghidupkan kembali website ini agak suram. Ianya disebabkan oleh pemergian isteri saya yang tercinta pada pertengahan tahun 2024 yang lepas.

Walaupun sudah hampir 4 bulan ianya berlalu, namun kenangan bersamanya amatlah terindah bagi saya yang menunggu sehingga bertahun-tahun mencari pasangan yang agak serasi. Isteri saya seorang yang agak tegas sikapnya. Namun dia jugalah pemberi semangat, baik hati dan berbudi pekerti walaupun dengan suara dia yang agak tinggi jika ada sesuatu yang dia tidak berkenan.

Saya masih terasa sunyi akibat kehilangan dia yang hanya terjadi dalam masa 5 hari sahaja. Influenza itu menyerangnya dan jantungnya menjadi radang dan tidak berfungsi dengan baik. Akibatnya darah tidak dapat disalurkan ke seluruh organ tubuhnya.

Kini saya masih terasa kehilangan. Setiap kali saya teringat, saya akan mengalir jatuh air mata di pipi. Petang tadi sekali lagi saya dan anak-anak pergi menziarahi pusaranya. Sekali lagi air mata ini jatuh mengalir secara tidak sengaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top